Siakap Keli

Ini 6 Cara Diet Artis Korea Turunkan Berat Badan, No 3 Memang ‘Rare’ Kalau Ikut

Tipulah kalau korang tak minat cerita Korea, tambah-tambah lagi selebriti Korea antara golongan artis yang sangat diminati dalam kalangan masyarakat kita.

Mereka bukan sahaja berbakat malah memiliki wajah yang cantik sehinggakan ramai para gadis di Malaysia menjadikan mereka sebagai idola. Mana taknya, memiliki wajah yang cantik dan tubuh badan yang menawan pastinya diidamkan oleh para gadis.

Hari ini SK nak kongsikan dengan korang semua plan diet yang digunakan mereka untuk turunkan berat badan dalam jangka masa yang kurang dari 3 bulan. Meh sini, kami nak kongsi.

1. Seol-hyun

Diet: Dada ayam, telur rebus, keledek dan salad

Boleh dikatakan para gadis mengidamkan seperti Kim Seol-hyun yang merupakan salah seorang ahli kumpulan AOA. Diet yang dilakukannya tidaklah ‘rare’, boleh diikut dan sihat.

Beratnya sebelum mengamalkan diet ini adalah 60kg dan berjaya hilangkan berat badan sehingga mencapai berat ideal 47 kg.

 2. Kang So Ra

Diet: Yogurt, Buah-buahan dan kekacang

Lihatlah, bukan sahaja bentuk badan berubah malah wajahnya turut berubah kelihatan jelita. Dahulunya, pelakon Kang So Ra memiliki tubuh yang gempal iaitu 72 kg tetapi berjaya turunkan berat badan lebih dari 20kg.

Dia mendedahkan bahawa rutin makannya hanyalah tiga kali sehari iaitu makan yogurt, buah-buahan dan kekacang pada waktu pagi. Pada tengah hari pula, dia mengambil nasi beras perang (beras korea) dan sayur-sayuran.

3. Ailee

Diet: 100g protein, sayur-sayuran dan buah

Ailee juga sangat popular dan berjaya turunkan berat badan dalam masa yang singkat. Dia menarik perhatian ramai apabila melakukan diet secara ekstrim iaitu hanya mengambil 100g protein pada waktu pagi serta dua cawan sayur dan satu cawan buah. Dia ulang cara makan yang sama untuk sarapan, makan tengah hari dan makan waktu malam (sedikit lewat).

4. Hong Ji Min

Diet: acorn jelly, kubis napa (kubis cina), jeruk sayur-sayuran

Pelakon muzikal ini telah turunkan berat badan hingga 30kg dalam masa 3 bulan sahaja. Dia juga mendedahkan bahawa sayur yang dimakannya adalah jeruk sayur-sayuran, acorn jelly (makanan Korea) dan kubis naba kukus.

5. Kim Shin Young

Diet: Telur rebus, paprika, tomato, bok choy dan kubis.

Kim Sin Young sangat dikenali dengan memiliki wajah yang comel dan sangat lucu. Dia juga mengamalkan diet yang sihat sehingga kehilangan berat badan sebanyask 38kg. Dia mengamalkan makanan sihat apabila mengalami komplikasi kesihatan kerana masalah berat badan.

6. Park Bo Ram

Diet: Ubi keledek, paprika, tomato dan timun

Park Bo Ram sangat dikenali dalam satu ujibakat. Semasa ujibakat tersebut, beratnya menecah 77kg dan mengamalkan kehidupan yang sihat, melakukan senaman yang kosisten sehingga boleh kehilangan sebanyak 32kg.

Dia berkongsi bahawa pada waktu pagi, dia akan mengambil ubi keledek manis, tomato, paprika dan timun pada waktu pagi dan salad ayam untuk tengah hari. Manakala pada waktu malam pula, dia hanya mengambil makanan ringan seperti kekacang, pisang, telur rebus dan ubi serta dada ayam.

Jadi, inilah cara artis Korea Selatan mengamalkan diet dalam kehidupan seharian mereka. Mana pilihan korang?

 

Sumber: AllKPOP

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.