Siakap Keli

Jangan Takutkan Kucing Dengan Timun, Boleh Jejaskan Kesihatan Kucing, Ini Sebabnya

Mentimun adalah jenis sayuran yang digemari kerana kesegarannya. Sayur ini boeh dimakan begitu saja atau menjadi pelengkap makanan dan juga dijadikan jus. Meskipun sebahagian manusia menyukai timun, tapi ada makhluk yang agaknya kurang tertarik bahkan mahu menghindari dari sayuran ini, iaitu kucing. Di media sosial, kita akan menemukan beberapa video yang menunjukkan kucing takut ketika terlihat timun. Apa sebabnya?

Rupanya ketakutan kucing terhadap timun dapat dijelaskan secara ilmiah. Ada beberapa hasil penelitian yang menjelaskan mengenai ketakutan kucing terhadap timun seperti berikut:

1. Timun mengingatkan kucing pada ular

Salah satu penjelasan popular adalah timun mengingatkan kucing pada ular. ” Kucing secara genetik terprogram melalui naluri untuk mengelak dari bertemu dengan ular.” Begitu penuturan Con Slobodchikoff, ahli perilaku haiwan dan penulis “Chasing Doctor Dolittle: Learning the Language of Animals” kepada ABC News. “Timun terlihat seperti ular sehingga menimbulkan naluri rasa takut kucing  menghadapi ular.”

2. Kucing tidak ingin timun ada di belakang tubuhnya

Timun yang muncul secara tiba-tiba membuat kucing takut. Mikel Delgado, konsultasi perilaku kucing yang mempelajari perilaku haiwan dan hubungan manusia-haiwan di University of California, Berkeley, AS menjelaskan teori ini. Menurut Delgado, timun yang diletakkan di belakang tubuh kucing sama seperti seseorang yang menyelinap di belakang tubuhnya.

Laporan dan video buah serta sayuran lain yang membuat kucing takut (termasuk epal dan pisang) memperkuat kemungkinan teori ini. Sedangkan, Jill Goldman, ahli perilaku haiwan di California selatan menyebut timun mencetus tindak balas semula jadi kucing yang mengejutkan. “Kucing akan mencuba lari dari kawasan tersebut secepat mungkin dan kemudian melihat kembali dari kejauhan,” tutur Goldman.

3. Hindari membuat kucing takut dengan Timun

Para ahli menyarankan agar kita tidak mencuba menakutkan kucing dengan timun. Sebab, hal itu tidak baik untuk kesihatan mereka. Berdasarkan laporan dari National Geographic, orang yang mencuba membuat kucing takut dengan timun dapat menyebabkan kucing melukai dirinya, merosakkan sesuatu atau stress berkepanjangan.

Sumber- Reader’s Digers

Faiz Mustafa