Siakap Keli
Kredit gambar: Instagram/Google

Menu ‘Ayam Masak Yahudi’ Dalam Buku Resepi Tunku Azizah Jadi Tanda Tanya Netizen, Ini Penjelasan Permaisuri

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Permaisuri Agong kita? Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sangat gemar ‘beraksi’ di dapur istana.

Jika anda mengikutinya di laman Instagram @airtangan_tunkuazizah yang mempunyai hampir 1 juta pengikut (followers) itu, pasti skrin telefon anda akan ‘disajikan’ dengan pelbagai menu masakan yang dimasak oleh Seri Paduka Baginda Tunku sendiri.

Menariknya, baru-baru ini Tunku Raja Permaisuri ada berkongsi sebuah buku resipi hasil nukilannya, namun yang lebih menjadi perhatian adalah semua isi kandungannya ditulis dengan tulisan tangannya sendiri.

Dikatakan segalanya terinspirasi daripada buku resipi yang dimiliki atas nama Duli Yang Maha Mulia Allahyarhamah Tengku Ampuan Rahimah, iaitu Tengku Ampuan Selangor.

Kata Baginda, buku resipi yang ditulis dengan tangannya itu adalah kerana mahu menjadikannya sebagai warisan keluarga.

“Kenapa saya menulis resipi (dengan tulisan tangan) dan bukan dengan menaip di komputer adalah kerana saya mahu mewariskan resipi ini sebagai legasi saya; tulisan tangan..Seperti yang Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah Selangor pernah buat dulu..Betapa cantiknya tulisan tangannya dan betapa hebatnya juga Baginda memasak! Al-Fatihah!” katanya dalam hantaran tersebut.

Di bawah ini adalah beberapa halaman muka surat yang mengandungi resipi masakan dalam buku resipi warisan tersebut.

Antara resipi dalam buku tersebut| Kredit: Instagram
Antara resipi dalam buku tersebut| Kredit: Instagram

Dalam hantaran itu juga, Baginda Tunku Azizah turut memuat naik gambar buku resipi miliknya yang ditulis dengan tulisan tangannya sendiri.

Jika diperhatikan secara terperinci, Tunku Azizah pasti seorang yang begitu teliti, cermat dan ‘perfectionist’ dalam masakannya.

Lihat pada tulisannya yang kemas dan penerangannya yang terperinci pun sudah boleh agak.

Antara halaman resipi Baginda Tunku Azizah | Kredit: Instagram
Antara halaman resipi Baginda Tunku Azizah | Kredit: Instagram

Kalau merujuk kepada senarai resipi di atas, terdapat banyak nama resipi yang unik dan menghiburkan hati, antaranya Melting Moments (nombor 37), Mee Hasnah (60) dan Ikan Bilis Maziah (92).

Resipi ‘misteri’ ayam masak yahudi

Beberapa hari kebelakangan ini Baginda Tunku Azizah sering berkongsi halaman resipi-resipi dalam buku tersebut ke Instagramnya.

Bagaimanapun, ada satu jenis resipi yang menjadi perhatian warganet iaitu menu ‘Ayam Masak Yahudi’ hingga menimbulkan pelbagai persoalan daripada warganet.

Resipi Ayam Masak Yahudi itu berada pada nombor menu yang ke-104 di buku tersebut.

Gambar: Instagram
Kredit gambar: Instagram

Persoalan demi persoalan dilontarkan warganet, semuanya berasa begitu pelik mengapa menu tersebut boleh ‘wujud’ sedemikian rupa.

Misteri akhirnya terjawab

Menjawab persoalan warganet, akhirnya Baginda Tunku Azizah menjelaskan tentang apa itu sebenarnya Ayam Masak Yahudi menerusi satu hantarannya seperti di bawah.

“Ramai yang bertanya Ayam Masak Yahudi! Sebenarnya rencahnya sama dengan masak Arab, cuma tidak masukkan tomato dan susu cair, digantikan dengan kicap..Jadi kita semua gelarkan masakan tersebut (sebagai) masak Yahudi.. Memang nakal!” selorohnya menerusi kapsyen tersebut.

Penjelasan tersebut menerima lebih 11,000 tanda ‘suka’ serta lebih 130 komentar daripada warganet.

Rata-rata mereka menunjukkan rasa teruja atas ‘rahsia’ yang dibongkarkan Baginda itu.

Malah ada juga yang turut berkongsi tentang menu ‘Yahudi’ yang lain selain bahan berasaskan ayam.

Gambar: Instagram

Sumber: Instagram Tunku Azizah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.