Siakap Keli
Kredit: Saiful Amir

(Video) “Dah Lama Nak Chat, Tapi Macam Segan,” Kisah Pasangan Ini Bermula Tegur Di IG, Akhirnya Ke Alam Perkahwinan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Banyak cara jodoh boleh datang kepada kita, ada yang secara tiba-tiba, ada yang hadir melalui usaha. Apapun jalannya, segalanya tertakluk kepada takdir dan aturan Tuhan Yang Maha Esa.

Baru-baru ini, seorang pemuda, Saiful Amir berkongsi kisah pertemuannya dengan isteri, Nur Syafika yang baru melangsungkan penikahan mereka 27 November lalu.

Kata Saiful, mereka hanya berhubung melalui mesej Instagram  sejak Julai lalu selepas Nur Syafika memulakan perbualan bersama pemuda itu.

Malah, mereka hanya bertemu buat pertama kali sewaktu pertunangan pada 23 Ogos lepas. Pasangan itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan mereka dan sah bergelar suami isteri baru-baru ini.

“Dengan sekali lafaz aku memegang satu amanah terbesar dalam hidup. Hero harus tenang.”

@saifulamir_

Dengan sekali lafaz aku memegang satu amanah terbesar dalam hidup ❤️ hero harus tenanggg #fypシ #fyp #fyyyyppppppp

♬ original sound – Novita Sari👑 – Novita Sari👑

“Percaturan allah itu memang terbaik terlalu singkat perkenalan terus disatukan. Moga masjid yang dibina kekal hingga hujung nafas.”

@saifulamir_

Percaturan allah itu memang terbaik terlalu singkat perkenalan terus disatukan ❤️😭 moga masjid yg dibina kekal hingga hujung nafas #fypシ #fyp #fyyyyy

♬ original sound – Adrenalini Mohd – Adrenalini Mohd

Lantaran itu, ramai kenalan dan warga maya yang mendoakan mereka. Video perkongsian Saiful Amir mendapat lebih 50,000 tontonan di akaun TikTok miliknya.

Semoga bahagia hingga akhir hayat

Muka sama

Moga dipermudahkan

Sumber: Saiful Amir

Amira

Love yourself.