Siakap Keli

(Video) Masih Gigih Jual Air Tebu Di Usia 78 Tahun, Warganet Minta Orang Ramai ‘Support’ Atuk Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu perlu adanya usaha untuk sentiasa mencari rezeki yang halal.

Tidak kira kerja apapun, lakukanlah dengan semangat dan niat yang baik.

Seperti video yang telah tular di laman Facebook ini, seorang warga emas masih lagi kuat memerah keringat, menjual air tebu di tepi jalan walaupun kini sudah berusia 78 tahun.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh KakSah KateringBesut, warga emas itu dilihat hanya menjual air tebu dan sebakul kuih peneram. Dia juga dipercayai memproses sendiri air tebu tersebut.

Lelaki yang merakam video terbabit membeli semua air tebu tersebut dan dipercayai akan diagihkan kepada pekerja-pekerjanya.

Dia juga menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu membeli air tebu dari warga emas itu yang juga disapa sebagai ‘Ayoh’ olehnya.

Lokasi gerai air tebu tersebut dipercayai berada bersebelahan restoran Rumbia di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Ayoh juga dipercayai telah lama berniaga air tebu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Ayoh dimurahkan rezeki dan sentiasa dipermudahkan urusan.

Sumber:KakSah KateringBesut

Sofea

There's always another side to every story