Siakap Keli

(Video) “Takut Tak Sempat,” Begini Rupanya Tokti Tukar Baju ‘Sekelip Mata’ Dalam Video Muzik Kuasa Cintamu

Kehebatan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dalam membuat persembahan termasuk menghasilkan muzik video yang hebat tidak dapat disangkal lagi.

Terbaharu, menerusi satu rakaman di sebalik tadbir muzik video Kuasa Cintamu, beliau dan krew hanya mengambil masa selama 11 saat untuk menukar pakaian dan props.

Video berdurasi 52 saat itu menunjukkan adegan ‘mendebarkan’ di mana beberapa krew berlari meletakkan props yang baru ketika Siti sedang menyanyi.

Manakala yang lain menjerit sambil menukar baju dan tudung yang dipakai Siti daripada warna kuning kepada warna merah.

Menjerit semua takut tak sempat

Menurut Siti, ianya merupakan muzik video pertama daripada beliau yang menggunakan konsep one take shot atau sekali rakaman tanpa sebarang kesilapan.

Jelas Siti, cabaran paling utama adalah menukar pakaian beliau di mana krew hanya mempunyai masa selama 11 saat sahaja.

”Video muzik pertama saya lakukan menggunakan konsep One take shot atau one taker, sangat mencabar kami semua.

”Silap satu part kena buat dari awal. Semua part kena alert dan saya lakukan dalam beberapa kali juga.

”Paling mencabar bila nak tukar dari baju kuning kpd merah tu, kami hanya ada masa 11 saat saja. Itu yg magic kan? Anda tengok part mata tu, hanya 11 saat saja kami tukar,” katanya.

Video di sebalik tadbir itu yang tular di Twitter, dibanjiri oleh warganet yang ‘meremang’ melihat rakaman tersebut.

Kata mereka, ianya sukar untuk dilakukan tetapi bagi Siti Nurhaliza, tiada apa yang mustahil. Hebat dan memukau!

Aku yang tengok pun nak jerit

Definisi penyanyi profesional

Meremang tengok!

Sumber: Twitter @IniAlannn, Youtube Siti Nurhaliza

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.