Siakap Keli

5 Punca Mesin Basuh Rumah Anda Akan Cepat Rosak

Untuk keperluan rumah tangga, mesin basuh adalah salah satu pelaburan besar untuk memudahkan kerja harian anda. Sebab, mesin basuh membantu anda menjimatkan waktu mencuci pakaian dan menjamin kebersihan dan kesihatan keluarga. Namun, penggunaan mesin basuh haruslah cermat. Jika melakukan kebiasaan yang salah, mesin cuci akan cepat rosak.

Laura Johnson, analis pengguna, penelitian dan pengembangan di LG Electronics, seperti dipetik dari Real Simple, Khamis (3/12/2020), menjelaskan hal-hal yang boleh membuat mesin basuh anda cepat rosak.

Menggunakan terlalu banyak bahan pencuci

Menggunakan terlalu banyak bahan pencuci tidak membuat pakaian anda lebih bersih. Selain meninggalkan sisa sabun pada pakaian, Johnson menjelaskan, terlalu banyak bahan pencuci sebenarnya dapat menimbulkan bau yang tertinggal pada mesin basuh. “Ini juga menyebabkan mesin basuh anda berkerja lebih lama, menggunakan siklus bilas tambahan untuk menghilangkan sabun,” jelas Johnson.

Mengeringkan pakaian yang dilengkapi plastik atau getah

Wap dari pengering dapat membuat item meleleh dengan komponen plastik atau getah, seperti selipar kets dengan tapak kasut yang bergetah. Bukan hanya itu, item tersebut berpotensi merosakkan komponen mesin basuh. Sebaliknya, biarkan barang-barang ini mengering dengan sendirinya di tempat dengan ventilasi yang baik.

Mencuci terlalu banyak hingga mesin cuci penuh

Dipetik dari Which, membebani tabung mesin cuci secara berlebihan sehingga terisi penuh akan menyebabkan hasil penyucian jadi kurang sempurna dan boleh merosakkan mesin basuh. Mesin basuh dicipta dan diprogram untuk mencuci pakaian dengan berat tertentu, tidak lebih.

Banyak mesin basuh model terkini tidak membenarkan anda membebankan mereka secara berlebihan. Mesin basuh bahkan tidak menjalankan program pencucian jika terdapat terlalu banyak pakaian di tabung. Namun, beberapa mesin tidak akan menghentikan anda untuk mencuci, meskipun tabungnya penuh.

Hal ini dapat menyebabkan hasil pencucian yang teruk, keranna lebih sedikit ruang untuk air dan deterjen menyebar ke seluruh muatan. Lebih serius lagi, kelebihan beban dapat merosakkan cara tabung berputar dengan waktu yang tepat, ini bererti umur mesin basuh akan lebih pendek.

Melupakan penjagaan

Sangat mudah untuk melupakan perawatan mesin basuh, tetapi jika anda melakukan ini, mesin basuh tidak akan tahan lama. Penjagaan mesin basuh tidak memerlukan waktu yang lama. Bersihkan gumpalan rambut, kotoran dan deterjen yang terkumpul di sekitar meterai di celahan pintu pada mesin basuh. Kerana meterainya dibuat dari getah, hal seperti ini dapat menyebabkan meterai tersebut rosak seiring dengan waktu. Setiap satu atau dua minggu, lap meterai bersih dengan kain lembab.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.