Siakap Keli

5 Tips Buat Rumah Anda Sejuk Walaupun Tanpa Pendingin Hawa

Menyalakan pendingin hawa atau penyejuk ruangan memang akan membuat rumah terasa lebih sejuk dan nyaman, terutama di masa pandemik Covid-19 sekarang ini.

Hanya saja, bil bulanan boleh melonjak jika penggunaannya tidak terkawal. Untuk mengatasi hal itu, anda dapat melakukan beberapa cara agar rumah tetap sejuk dengan kaedah yang lebih menjimatkan tenaga elektrik dan mngurangkan kadar bil bulanan.

Berikut 5 cara membuat rumah sejuk dan nyaman meskipun tanpa pendingin hawa, dipetik dari Asiaone.

1. Pasang tirai

Sinar matahari, selain baik untuk kesihatan fizik dan emosional, ianya juga dapat mengundang panas atau bahang ke dalam rumah anda. Belilah tirai anti tembus pandang atau kerai yang menghalang sinar matahari sepenuhnya dan tutup pada panas terik hari itu, biasanya antara pagi hingga petang hari.

Pilih yang berwarna terang kerana warna terang memantulkan cahaya sementara warna yang lebih gelap menyerap cahaya. Jika anda memang memerlukan sedikit sinar matahari, buka jendela yang tidak langsung menghadap matahari, misalnya tidak menghadap ke arah barat.

2. Lekatkan kaca film surya

Jika memasang tirai terasa mengganggu pemandangan anda, pertimbangkan untuk membeli kaca film surya dan lekatkan pada jendela anda. Ini dirancang untuk memantulkan atau menyerap panas tanpa menghalangi pandangan.

3. Pasang kipas angin bilik mandi

Salah satu area rumah yang paling lembab adalah bilik mandi, kerana sering kali basah. Apalagi jika ditambah dengan pancuran air panas. Udara lembab dari bilik mandi akan masuk ke rumah dan membuatnya terasa tidak sejuk.

Untuk mengatasi hal ini, belilah kipas angin kamar mandi yang akan membantu menyedut semua udara lembap dari bilik mandi ke luar, serta membantu menjaga ruangan anda tetap sejuk dan kering.

4. Hiasi dengan tanaman

Ruang hijau kerap terasa jauh lebih sejuk kerana tanaman menyerap panas secara semula jadi dalam proses fotosintesis. Coba pertimbangkan untuk menghiaskan ruangan anda dengan beberapa tanaman.

Pilih tanaman tinggi dengan daun besar dan lebat serta tanaman yang memerlukan banyak sinar matahari sehingga anda dapat meletakkannya di dekat jendela untuk memberikan keteduhan yang ekstra. Tanaman yang menyukai matahari termasuk lidah buaya dan tanaman monstera yang popular.

5. Gunakan cadar cotton atau linen

Hindari sutra atau bahan poliester lainnya ketika harus memilih bahan cadar tempat tidur kerana ini memerangkap panas dan kelembapan (peluh). Gunakan bahan seperti cotton dan linen, yang lebih sejuk dan memungkinkan panas menghilang, serta membuat anda merasa sejuk sepanjang malam.

Sumber- Asiaone

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.