Siakap Keli
Kredit: Mothership.sg

Enggan Jual Rumah Pembelian Ibu, Pemaju Hartanah Dilapor Terpaksa Bina Kondominium Keliling Rumahnya

Sebuah syarikat pemaju hartanah dipercayai di Singapura terpaksa memikirkan pelan baru untuk mendirikan sebuah kondominium di sebuah tanah apabila dua pemilik unit rumah teres yang menduduki tanah tersebut tidak mahu menjual rumah mereka.

Disebabkan pemilik rumah tersebut tidak mahu menjual rumah mereka, pemaju hartanah terpaksa membina kondominium tersebut mengelilingi rumah itu.

Menurut Shin Min Daily News, tidak jelas mengapa pemiliknya enggan menjual rumah tersebut.

Difahamkan, salah sebuah rumah yang tidak mahu dijual itu adalah merupakan kuil. Tingkat pertama rumah tersebut adalah merupakan dewan kuil, dan tingkat dua pula adalah kediaman penjaga kuil.

Penjaga kuil tersebut memberitahu kepada Shin Min bahawa pembinaan kondominium tersebut tidak banyak memberi kesan kepada unit rumahnya, dan dewan kuil hanya dibuka untuk rakan serta saudara pemiliknya sahaja.

Salah sebuah rumah lagi adalah milik seorang lelaki yang menurut Shin Min sebab dia tidak mahu menjual rumah itu adalah kerana rumah berkenaan telah dibeli oleh ibunya.

 

Setelah ibunya meninggal dunia, penjaja berusia 60 tahun itu telah tinggal disitu bersama dengan kakaknya.

Lelaki tersebut menyatakan bahawa tanah di depan rumahnya juga telah ditukar menjadi kebun, dia juga turut memelihara ikan dan burung kecil.

Pemaju dilaporkan telah bersemuka dengannya beberapa tahun yang lalu berkenaan dengan tanahnya itu, tetapi dia menolak kerana rumah pegangan bebas seperti itu jarang terdapat pada zaman ini.

Dia juga menyatakan bahawa dia dapat berkebun di tanahnya, dan dia tidak akan ‘menjual rumah itu dengan berapa jumlah wang sekali pun yang ditawarkan.’

Sumber: Mothership