Siakap Keli

Stress Menjadi Punca Seseorang Itu Jatuh Sakit, Betul ke?

Terdapat segelintir orang yang mengalami jatuh sakit disebabkan oleh tekanan yang dihadapinya. Memang kita tak boleh menolak kesan nyata stress pada keadaan fizikal kita. Sudah banyak juga kajian ilmiah yang membuktikan kesan stress yang berlaku pada fizikal kita.

Dari data Cleveland Clinic, stress boleh mencetus berbagai masalah kesihatan, seperti:

  • kegelisahan (Anxiety)
  • Pola tidur yang tidak menentu
  • Mudah marah
  • Susah fokus
  • pola permakanan yang tidak sihat.

Di sisi lain, Psikologi Klinikal dari Cleveland Clinic, Adam Borland, mengatakan stress boleh membantu kita tetap berjaga-jaga. “Mengalami cemas dan kerisauan dalam kadar yang sepatutnya dapat membantu kita menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian,” kata Dr. Borland.Lebih-lebih lagi, memikirkan situasi yang mengundang stress juga dapat membantu kita menemukan solusi untuk masalah tersebut. Akan tetapi, Borland berkata stress boleh menyebabkan masalah ketika mempengaruhi kemampuan kita untuk beraktiviti.

“Sayangnya, stress seringkali membuat kita susah untuk tidur dan menjurus kepada makan yang berlebihan atau alkohol, hal itu memberi kesan negatif untuk kesihatan,” ucapnya. Selain itu, stress juga boleh menimbulkan masalah pada kesihatan kita. Akibatnya, kita menjadi terdedadah jatuh sakit.

Mengapa stress boleh menyebabkan kita mudah jatuh sakit?

Semasa stress, sistem saraf parasimpatik tubuh aktif. Hal ini akan mencetus  tindak balas “fight or flight”, yang membantu tubuh bersiap untuk bertahan atau melarikan diri dari ancaman. Ketika tindak balas itu berlaku, kita boleh mengalami hal-hal berikut:

  • denyutan jantung meningkat
  • Nafas cepat
  • Sesak nafas
  • Pening
  • Sakit kepala
  • mual
  • Otot menegang.

Semua tindak balas fizikal tersebut terjadi kerana adanya pelepasan kortisol. Kortisol adalah hormon yang memberi signal pada tubuh untuk melepaskan glukosa, sejenis gula yang memberikan tenaga pada otot. Otot memerlukan glukosa ketikaa mengShadapi pencetus stresa. Kortisol juga menghalang penghasilan insulin dan menyempitkan arteri.

Saat penyebab stress berlaku, kadar kortisol biasanya kembali normal dan tubuh akan pulih dari kesannya.Tapi ketika berlaku stress kronik, kadar kortisol tetap tinggi. Dalam jangka panjang, hal ini dapat menyebabkan beberapa masalah termasuk diabetes, penyakit kardiovaskular dan masalah pencernaan kronik seperti sindrom iritasi usus besar.

Sumber- Cleveland clinic

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.