Siakap Keli

(Video) Cemas, Suara Macam ‘Bayi’ Menangis Sayup-sayup Kedengaran Dalam Semak, Rupa-rupanya…

Kes pembuangan bayi ke tempat awam oleh individu yang tidak bertanggungjawab masih lagi terjadi dalam masyarakat kita.

Jika masih ingat lagi, seorang bayi pernah ditemukan oleh imam di sebuah surau di Petaling Jaya baru-baru ini.

Namun agak menyedihkan, bayi tersebut ditinggalkan dalam bungkusan plastik beserta sekeping nota daripada ibunya yang mendakwa ‘terpaksa’ berbuat demikian kerana tidak mampu menjaganya.

Kes tersebut berjaya diadukan kepada pihak polis sebelum siasatan dijalankan.

Baru-baru ini, tular satu video mengenai ‘misteri’ suara seakan-akan bayi menangis yang sayup-sayup kedengaran di dalam kawasan semak.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter, Alan Al Padat dan ditonton kira-kira lebih 5,000 kali setakat ini.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah tentang benarkah yang didengari itu betul-betul suara bayi atau makhluk lain? Ikuti video ini dan misteri akan terjawab.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada abang-abang ini atas usaha keras menyelamatkan nyawa ‘bayi’ ini.

Sumber: Twitter Alan Al Padat

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'