Siakap Keli
Gambar via @sajeeda83 (tiktok)

(Video) Lemah-lembut Suap Ibu Terlantar Sakit , Aksi Penyayang Pemuda Ini Buat Ramai Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Segala kewajipan terhadap ibu perlu dilaksanakan dengan sebaiknya sebelum insan tersebut menutup mata buat selama-lamanya. Jika sebelum ini ibu yang menjaga anak-anaknya sehingga besar, tidak salah sekiranya anak pula yang memikul tugas dengan menjaga ibu terutamanya ketika uzur atau diuji masalah kesihatan.

Baru-baru ini, dapat disaksikan sebuah rakaman video di aplikasi TikTok milik Umie Qazrina yang secara tidak sengaja merakam aksi seorang anak dan seorang ibu. Rakaman tersebut menjadi satu moment yang indah dalam kehidupan khususnya bagi seorang insan yang bergelar ibu. Rakaman video tersebut jelas diambil di sebuah hospital.

@sajeeda83

Respect gila dekat abang ni yang jaga mak dia terlantar sakit .. Semoga abang ni dimurahkan rezeki selalu 🤲🏻🤲🏻 #hsnz #syurgamak

♬ original sound – ruwet👻🐣 – umi👻😬

Menurut Umie Qazrina, sudah beberapa kali melihat aksi lelaki tersebut menyuap makanan kepada ibunya. Tatkala lelaki itu menyuap makanan ke mulut ibunya, lelaki tersebut sempat mengesat air mata yang mulai mengalir.

Disebabkan itu, Umie Qazrina tersentuh dengan tindakan lelaki tersebut bahkan tidak terlepas untuk mendoakan lelaki tersebut dimurahkan rezeki.

Di samping itu, rakaman tersebut berjaya menarik perhatian para netizen sehingga meraih lebih 181.4K tontonan dan lebih 24.7K tanda suka. Rata-rata warganet yang menyaksikan rakaman tersebut turut meninggalkan beberapa komen nasihat bagi seorang anak dan ada juga yang menceritakan kenangan mereka bersama insan tersayang.

Gambar via @sajeeda83 (tiktok)
Gambar via @sajeeda83 (tiktok)
Gambar via @sajeeda83 (tiktok)
Gambar via @sajeeda83 (tiktok)

Sumber: @sajeeda83 (TikTok)