Siakap Keli

5 Bahagian Tubuh Yang Tidak Sepatutnya Anda Sembur Wangian

Aroma segar dan harum dari minyak wangi yang kita semburkan memang membangkitkan mood, bahkan kenangan yang indah. Agar wangian ini boleh bertahan lama memang perlu diketahui bila waktu terbaik untuk menggunakan wangian atau area tubuh yang mana yang perlu disemburkan. Tapi, ternyata ada area tubuh tertentu yang sebenarnya tidak boleh disembur minyak wangi.

1. Mata

Tentu saja minyak wangi sebaiknya tidak disembur ke bahagian mata, walaupun pada area pelipis yang dekat dengan mata. Kebanyakkan minyak wangi bahan asasnya adalah alkohol iaitu ethyl yang kadarnya boleh mencapai 95 peratus Kandungan alkohol tersebut dapat menyebabkan iritation dan pedih pada area mata.

2. Rambut

Beberapa orang mungkin sengaja menyemburkan minyak wangi pada rambutnya agar berbau harum. Untuk pengatahuan, rambut akan menyerap wangian secara semula jadi. Akan tetapi, minyak wangi yang asasnya adalah alkohol. Jadi apabila disembur terus pada rambut, maka hal itu boleh menyebabkan rambut menjadi kering. Untuk mengatasi masalah ini, cuba semburkan minyak wangi pada sikat rambut terlebih dahulu lalu barulah sikat rambut. Atau boleh juga menyembur terus pada rambut, tapi hanya di bahagian hujung saja.

3. Tangan

Minyak wangi biasa disembur pada pergelangan tangan atau dekat nadi. Tapi mungkin ada orang yang sengaja menyemburkan pada tangan, ini adalah cara yang salah. Sekali lagi, bahan dasar untuk kebanyakkan minyak wangi adalah alkohol yang tidak baik untuk tangan. Minyak wangi boleh membuat kulit menjadi kering, pecah-pecah dan bahkan pendarahan. Belum lagi jika tangan tak sengaja menggosok mata ketika habis disemburkan wangia . Hal ini dapat menyebabkan iritasi.

4. Ketiak

Ada orang yang senang menyembur wangian pada ketiak kerana menganggap boleh mengurangkan atau menghilangkan bau badan. Padahal, menyembur wangian pada ketiak berpotensi menyebabkan iritasi. Interaksi antara parfum dengan kelenjar peluh di ketiak boleh menyebabkan rasa gatal dan pedih.

5. Alat kelamin

Jangan juga menyemburkan wangian pada alat kelamin meskipun kamu tergoda untuk memiliki penampilan yang sempurna ketika bercinta. Bukannya membuat alat kelamin wangi, minyak wangi malah boleh menyebabkan kulit kering. Khususnya perempuan, wangian berpotensi mengiritasi vagina dan menyebabkan peradangan, gatal serta pedih.

Tempat yang sepatutnya

Bila ada area yang sebaiknya tidak disembur wangian, tentunya ada area yang betul-betul tepat. Ternyata tempat terbaik untuk menyembur wangian adalah di titik nadi tubuh. Contohnya pergelangan tangan, leher dan bajagian belakang lutut. Menyembur wangian pada area yang mengeluarkan haba, maka bahan-bahannya tidak akan mengiritasi kulit. Malah membuat aromanya semakin kuat.

Sumber- Reader’s digest

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.