Gunung Ile Lewotolok di Kabupaten Lembata, Indonesia sekali lagi meletus hari ini sebanyak lima kali, Jumaat (4/12/2020). Letusan pertama terjadi sekitar pukul 05.31 waktu Indonesia. Gunung Ile Lewotolok mengeluarkan lajur abu setinggi 1.000 meter dari atas puncak. Letusan tersebut terakam seismogram dengan amplitud 15 mm dan dengan jangka masa kurang lebih 48 saat.
Letusan kedua terjadi sekitar 06.21 waktu tempatan. Gunung Ile Lewotolok mengeluarkan lajur abu setinggi 800 meter dari puncak yang disertai ngauman lemah. Mankala letusan ketiga terjadi pada pukul 07.19 waktu tempatan, dengan tinggi lajur abu diperhatikan lebih 500 meter di atas puncak atau di atas 1.923 meter di atas permukaan laut. Sedangkan letusan keempat terjadi sekitar pukul 08.22.
Gunung itu mengeluarkan lajur abu setinggi 500 meter. Terakhir, letusan kelima terjadi sekitar pukul 10.25. Pegawai di pusat Tinjauan tidak melihat lajur abu daripada letusan yang hanya menimbulkan gemuruh perlahan itu.
“Saat ini, gunung Ile Lewotolok berada pada tahap aktif level III,” jelas petugas Pusat Tinajuan Gunung Api Ile Lewotolok, Stanislaus Ara Kian, kepada Kompas.com melalui pesanan ringkas, Jumaat.
Stanislaus menasihatkan agar masyarakat dan pelancong tidak melakukan pendakian. Masyarakat dilarang melakukan sebarang aktivitu dalam zon bahaya iaitu radius sekitar empat kilometer dari kawah Gunung Ile Lewotolok.
Sumber- Kompas.com