Siakap Keli
Gambar: McDonald's

McCafe Lancar Minuman Oreo Baru, Bila ‘Oreo Lovers’ Nak Cuba Ni?

Kalau sebut je pasal McDonald’s nak keluarkan menu baru mesti ramai yang excited. Ye lah, ‘Mekdi’ dengan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Dari mula sarapan hinggalah ke tengah malam, mesti ‘Mekdi’ juga yang dicari.

Kalau sebut pasal Oreo Mekdi je, mesti akan ramai yang menjerit teruja kan? Mana taknya, lepas ni “Oreo Lover” boleh tersenyum lebar sebab air perisa minuman kegemaran korang dah diperbaharui dengan pelbagai air yang lain. Bestnya.

Terbaru, McD Malaysia akhirnya keluarkan minuman Oreo dengan rasa yang berbeza untuk wujudkan kelainan. Sudah pastinya sebelum akhir tahun 2020, korang mesti kena cuba.

Bila tengok je menu baru ni, terus terdetik dalam hati “kena cepat-cepat cuba ni air ni”. Siapa tak suka Oreo kan?

Korang dapat menikmati menu baru yang ditawarkan McCafe iaitu Iced Blended Mocha with Oreo. Sebelum ni kan dah keluar menu ni, Iced Blended Chocolate with Oreo dan Iced Chocolate with Oreo. Kombinasi yang sangat ‘awesome’ tu memang sangat sempurna. Confirm peminat Oreo akan suka.

Tapi kena cepat tau, McCafe hanya tawarkan menu baru ini untuk tempoh waktu yang terhad. Memang rugilah kalau terlepas, jangan buang masa okay, pastikan korang singgah di McD terdekat.

Nak lagi best, korang kena tahu fakta ni…

1. McCafe ‘Iced Blended’ Mocha dengan Oreo

Untuk peminat kopi, korang pun takkan terlepas peluang untuk merasakan keenakan kombinasi Mocha dengan keranggupan Oreo bersama kelembutan ‘whipped cream’ diatasnya. Huh, sedapnya.

2. McCafe ‘Iced Blended’ Coklat dengan Oreo

Sudah pastinya sajian ini khas untuk peminat coklat dan oreo Mekdi. Gabungan yang sangat mantap, manis daripada coklat sangat menyegarkan apabila dihirup bersama ‘crunchy’ oreo.

3. McCafe Coklat Ais dengan Oreo

Tak terkata kalau dapat minuman ni waktu tengah hari, malam atau tengah malam. Mana taknya, rasa asli coklat yang penuh ditambah pula dengan keranggupan oreo tu memang ‘perfect’.

Boleh dapatkan di McDonald’s. Lihat gambar pun dah terliur, apa kata kita cuba nanti untuk kesedapan minuman ni. Jangan lambat-lambat pula, pastikan singgah dulu McDonald’s yang terdekat.

Risau tak sempat? Pesan McDelivery je takpun dapatkan secara pandu lalu dan ‘takeaway’.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook dan website McDonald’s Malaysia okay.

Ini antara promosi berikut boleh didapati melalui aplikasi McDonald’s bermula 3 Disember hingga 30 Disember 2020. 

  • McCafe ‘Ice Blended’ Mocha (besar) x 2 hanya RM 20

  • McCafe ‘Ice Blended’ Coklat (besar) x 2 hanya RM 20

  • McCafe Ais Coklat (Medium) bersama kek Belgium Coklat atau Red Velvet hanya RM 18

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.