Peminat makanan segera KFC bertindak memesan sehingga 20 burger setiap satu selepas aplikasi KFC tersebut mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan penurunan harga dari 4.50 pound (RM24.53) kepada 50 pence (RM2.73).
Menurut laporan, pelanggan memanfaatkan peluang yang ada selepas berita mengenai masalah teknikal di dalam media sosial. Masalah tersebut bermaksud pelanggan boleh mendapati Zinger dengan harga 4.09 pound (RM22.30) dan Fillet Tower Burgers yang biasanya harga 4.59 pound (RM25).

Berita itu dikongsikan di talian buat pertama kalinya pada sekitar jam 12 tengahari dan ia memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati makanan tengahari dengan harga yang murah. Hal ini, ada di antara pelanggan yang memesan sehingga 20 burger KFC pada satu masa.
Scott Burns, antara pelanggan yang gembira kerana membeli empat burger fillet dan hanya perlu membayar sebanyak 2 pound (RM10.90) untuk kesemuanya. Manakala seorang lagi pelanggan yang membeli sebanyak 20 burger fillet dari KFC dengan harga 10 pound (RM54.51) sahaja.

Bukan itu sahaja, penduduk di Southend, Essex tidak ingin melepaskan peluang untuk melakukan pembelian di KFC selepas berita tersebut dikongsi di laman Fcebook kumpulan komuniti tempatan.
“Zinger Tower Burger dan Fillet Tower Burger kami tidak semestinya dihargai untuk tempoh terhad semalam yang bermaksud sebilangan peminat kami yang bermata helang mendapat tawaran terbaik sempena Cyber Monday,” kata jurucakap KFC.
Sumber: Daily Mail