Putrajaya, 4 Disember- Kementerian Kewangan mengumumkan kenaikan harga minyak berkuatkuasa 5 Disember hingga 11 Disember akan datang.
Menurut kenyataan media, harga minyak petrol bagi RON95 dan RON97 naik 3 sen seliter manakala bagi diesel, terdapat peningkatan sebanyak 5 sen seliter.
Ini menjadikan harga minyak terkini bagi RON95 ialah RM1.70 manakala RON97 menjadi RM2.00 seliter. Sementara itu, harga diesel meningkat kepada RM1.90 seliter.
Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 5 Disember 2020 Sehingga 11 Disember 2020. pic.twitter.com/WKQ4eVsso4
— Ministry of Financeš²š¾ (@MOFmalaysia) December 4, 2020
Siaran Media Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 5 Disember 2020 Sehingga 11 Disember 2020.
Posted by Kementerian Kewangan Malaysia on Friday, December 4, 2020
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia