Siakap Keli

(Video) Api Marak, Tular Rakaman Kebakaran Di Sebuah Pangsapuri Dipercayai Di Kepong

Satu insiden kebakaran melibatkan sebuah unit rumah dilapor dipercayai berlaku di kawasan perumahan di Kepong dalam satu kejadian kelmarin.

Menurut Pasukan Bomba Sukarela & Penyelamat (PBS) Kepong, kebakaran tersebut dilapor berlaku sekitar 10.45 malam sebelum aduan dibuat oleh penduduk berhampiran.

Operasi pemadaman api dijalankan oleh pihak Bomba & Penyelamat dengan kekuatan tiga jentera bomba, selain turut dibantu PBS Gombak dan PBS Kepong Batu, Kuala Lumpur.

 

Rakaman video kebakaran tersebut tular di media sosial, dalam masa sama beberapa klip video kejadian itu dikongsi beberapa warganet.

Dalam pada itu, ada warganet lain turut sempat merakam kejadian kebakaran terbabit dari arah kediamannya yang dipercayai terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, punca kejadian tidak diketahui dan dipercayai masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sebarang perkembangan terkini kes akan dimaklumkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sumber: Pasukan Bomba Sukarela & Penyelamat Kepong, Twitter, Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'