Manusia adalah satu-satunya peradaban yang maju di seluruh alam semesta. Namun, manusia tidak mempunyai teknologi untuk mengamati permukaan di luar sistem suria dan hanya mengesan sebahagian kecil dari dunia.
Para ilmuwan telah lama berusaha menggunakan ilmu matematik untuk menghitung kebarangkalian kehidupan yang terdapat di tempat lain selain Bumi. Kumpulan penyelidik dari University of Nottingham mengemukkan kemungkinan terdapat lebih daripada 30 tamadun maju dalam galaksi kita.
Berdasarkan penelitian yang diterbitkan dalam The Astrophysical Journal, para penyelidik berusaha mempermudah matematik untuk menganggap bahawa makhluk tersebut berada di tempat lain selain Bumi. Ianya bergantung pada jumlah masa waktu yang diperlukan untuk kehidupan cerdas berakar di Bumi, yang dianggarkan sekitar 4.5 bilion hingga 5 bilion tahun.
“Kaedah klasik untuk menganggarkan bilangan peradaban cerdas bergantung pada membuat tekaan nilai-nilai yang berkaitan dengan kehidupan, di mana pendapat mengenai perkara seperti itu sangat berbeza,” kata penulis utama kajian, Tom Westby.
“Kajian baru kami menyederhanakan andaian dengan menggunakan data baru, memberi kami anggaran yang kukuh mengenai jumlah peradaban di galaksi,” tambahnya.
“Dua had Astrobiologis Copernican membawa maksud kehidupan boleh wujud dalam waktu kurang dari 5 bilion tahun, atau setelah sekitar 5 bilion tahun. Ia serupa dengan di Bumi di mana peradaban yang berkomunikasi terbentuk setelah 4.5 bilion tahun,” kata Westby.
“Dalam kriteria yang lain dikataka kandungan logam yang sama dengan matahari diperlukan dan dianggarkan terdapat sekitar sekitar 36 peradaban maju di galaksi,” katanya lagi.
Dengan itu, para saintis mengatakan bahawa jarak makhluk asing tersebut dengan Bumi berkemungkinan sekitar 17,000 tahun cahaya. Namun, manusia tidak berupaya untuk berhubung dengan tamadun tersebut menggunakan teknologi yang ada ketika ini.
Apa pun, ia hanyalah andaian dan kewujudannya masih tidak jelas walaupun sesetengah ahli astronomi mengatakan manusia bukan hidup bersendirian dalam galaksi ini.