Selebriti terkenal, Alif Satar yang dimasukkan ke Hospital Melaka selama 12 akibat positif COVID-19 sebelum ini telah pun disahkan pulih.
Lantaran itu, Alif dalam satu kenyataan semalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas rawatan, sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Sembuh dan bebas daripada COVID-19, Alif kini dibenarkan untuk pulang kembali ke pangkuan keluarganya.
Terkini di laman Instagram, Alif memuat naik sekeping foto dia bersama isteri dan anak-anak tercinta saling berdakapan mesra meraikan kepulangannya setelah sekian lama terpisah.
“My love..my life..” ucapnya ringkas menerusi kapsyen foto tersebut.
Kembalinya dia di sisi keluarga, berita kepulangannya itu diraikan oleh warga maya, masing-masing mengucapkan tahniah dan penghargaan atas kejayaan Alif untuk sembuh daripada COVID-19.
Syukur Alhamdulillah dan tahniah juga diucapkan buat Alif Satar. Selamat kembali ke pangkuan keluarga ya.
Sumber: Instagram