Seorang warga emas yang berusia sekitar 102 tahun di New York telah dilaporkan dijangkiti COVID-19 bahkan dirinya juga telah dipercayai berjaya mengatasinya sebanyak dua kali.
Buat kali pertama, Angelina Friedman yang terselamat dari Flu Sepanyol dan barah, disahkan positif COVID-19 pada bulan Mac yang lalu. Ketika itu, warga emas tersebut hanya mengalami simptom yang tidak seteruk seperti orang lain.
“Dia tidak pernah mengalami gejala yang teruk melainkan demam yang berterusan selama 10 hari,” kata anak perempuannya, Joanne Merola.
Bahkan, dirinya dijangkiti buat kali kedua pada bulan Oktober yang lalu. Bukan itu sahaja, warga emas tersebut mengalami jatuh sakit yang parah tidak lama sebelum ulang tahunnya.

“Dia batuk, lesu dan demam lagi. Kali pertama anda tidak akan tahu dia sakit,” kata Merola.
“Keadaannya sekarang hampir pekak dan kehilangan sebahagian besar penglihatannya, tetapi berjaya sembuh dengan baik dan kelihatan seperti dirinya yang dulu,” kata Merola.
Sumber: The Hill.Com