Siakap Keli

(Video) Lebih 31 Juta Tontonan, Video Spring Logam Dihasilkan Raih Perhatian Dunia

Seperti diketahui, spring logam mempunyai banyak kegunaan terutamanya bagi alat-alat yang digunakan pada setiap hari. Antaranya ialah sesuatu barangan seperti perkakas elektrik, mesin, basikal dan pelbagai lagi.

Walaupun spring kelihatan seperti komponen kecil dalam barangan yang besar, kegagalan fungsi spring boleh menyebabkan kerosakan pada barangan peribadi anda. Inilah sebabnya mengapa kualiti bahan yang digunakan untuk menghasilkan spring dan proses pembuatannya harus dipertimbangkan sebelum anda melakukan pembelian.

Pasti anda ingin mengetahui bagaimana spring dibuat? Di bawah ini adalah video pembuatan spring yang diambil daripada satu akaun tiktok @Momentosvirales dan dikongsi oleh Twitter laman Twitter Momentoviral.

Rakaman tersebut yang turut dikongsikan di laman Facebook telah mendapat sehingga 31 juta tontonan dan 11 ribu perkongsian. Nampaknya, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian di seluruh pelusuk dunia dan agak menarik untuk dikongsikan.

Sumber : Metallurgical engineering, Momentoviral

Aziezzan