Siakap Keli
Gambar via himpunanceritalawak.com

Wanita Alami Alahan Paling “Rare” Di Dunia, Tak Boleh Kena Air, Peluh & Darahnya Sendiri

Sesetengah masyarakat mesti memounyai alahan atau alegik terhadap sesuatu. Sebagai contoh yang kerap didengari ialah alahan terhadap makanan laut, habuk dan sebagainya sehingga mengakibatkan gatal dan kemerah-merahan. Namun, adakah anda pernah mendengar individu yang mempunyai alahan terhadap air?

Remaja ini disahkan menghidapi penyakit misteri iaitu Aquaqenic Urticaria atau lebih mudah sebagai alahan terhadap air, peluh dan darahnya sendiri. Remaja tersebut mula mengalami alahan ketika berumur lapan tahun.

Menurutnya, kulitnya akan gatal-gatal dan naik ruam sekiranya anggota badannya terkena air. Malah, situasi akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan demam. Bukan itu sahaja, tekak dan lidahnya juga akan gatal apabila remaja tersebut minum air dan ia membuatkannya sering berasa kehausan dan menjadi kering.

Gambar via Grid.ID

Oleh disebabkan itu juga, remaja ini hanya mandi sekali dalam sebulan atau dua bulan. Hal ini, dirinya ingin mengawal kesakitan dan kegatalan yang berlaku disebabkan alahan tersebut. Walau begitu, remaja tersebut hanya menggunakan air sejuk selama 2 minit setiap sesi.

Begitu juga dengan senaman atau melakukan sebarang aktiiti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh. Remaja tersebut tidak akan melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan. Bahkan, memberus gigi setiap hari juga membuatkan dirinya menahan kesakitan disebabkan alahan terhadap air.

Penyakit alahan terhadap air ini merupakan sesuatu yang “rare” dan jarang dijumpai di dunia. Pakar perubatan juga belum mengenal pasti punca alahan ini berlaku sehingga ke hari ini.

Sumber: Twitter, The Cut

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.