Siakap Keli
Gambar via Guinness World Record

Wanita Ini Berjaya Memecah Rekod, Memiliki Rambut Afro Terbesar Di Dunia

Seorang wanita Amerika Syarikat, Simone Williams telah mendapat pengiktirafan memiliki afro terbesar dunia dengan merekodkan ukuran lilit rambut 20.5 cm (8.07 inci) dan lebar22.5 cm (8.85 inci).

Menurut laporan, dirinya mendapat inspirasi menggayakan rambut tersebut daripada pemegang rekod sebelum ini iaitu Aevin Dugas.

“Dia memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan percubaan ini. Saya melakukan carian di google mengenai pemilik rambut terbesar di dunia dan ketika saya melihatnya saya berasa kagum,” kata Simone mengenai Aevin.

“Saya tidak menyangka rambut saya serupa dengan rambutnya. Namun, saya sangat gembira melihat dia dikenali dan ada peluang untuk orang lain dikenali juga,” tambahnya.

Gambar via Guinness World Record

Simone membiarkan rambutnya tumbuh panjang dengan semula jadi selama sembilan tahun.

“Sebelum ini, rambut saya lurus selepas saya mendapat kebenaran untuk meluruskan rambut ketika saya di sekolah menengah.

“Akan tetapi, saya memilih untuk beralih ke rambut semula jadi saya ketika berusia 23 tahun. Hal ini kerana saya ingin menjimatkan wanng untuk membayar kos pindah apartment pertama saya,”

Lama kelamaan, Simone selesa dengan dengan rambutnya yang sekarang. Bahkan, rambutnya turut menjadi perhatian masyarakat ketika Simone memutuskan keluar berjalan.

Sumber: Guinness World Record

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.