Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan seorang wanita yang dilahirkan tanpa jari tangannya berharap impiannya menjadi model akan tercapai.
Olivia Chapman, 22 merupakan seorang pelatih peribadi yang tidak mempunyai jari pada tangan kanannya. Ketika usinya dua tahun, dirinya telah menjalani pembedahan untuk memindahkan salah satu jari kakinya ke tangannya agar memberi kemampuan untuk mencubit.

“Saya berfikir bahawa perbezaan dan keunikkan setiap orang itu akan menjadikan mereka cantik dengan cara yang tersendiri.
“Ibu bapa saya risau sekiranya saya dibuli tetapi mereka akan pastikan saya dihargai seperti orang lain bukan kerana ketidakupayaan saya,” kata Olivia.
Ketika dirinya berusia 18 tahun, dirinya berusaha untuk menyembunyikan tangannya daripada dilihat oleh orang di sekelilingnya.
Tambahnya, Olivia memutuskan untuk melakukan perbezaan pada dirinya dengan memakai pakaian berlengan pendek, berlatih berjabat tangan dan mengambil gambar dengan tangan kanannya. Bukan itu sahaja, Olivia turut memuat naik gambarnya itu di media sosial miliknya.
“Saya sangat terharu dengan pesanan yang diterima dari masyarakat di seluruh dunia. Sejak itu saya merasa lebih santai untuk menunjukkan tangan saya di khalayak ramai, ” kata Olivia.
Sumber: Daily Star