Siakap Keli
Gambar via India Times

Pemuda Sanggup Kayuh Basikal 550km Demi Pulang Ke Kampung Bertemu Mak Ayah

Kemudahan awam bukan lagi menjadi pilihan sesetengah masyarakat pada hari ini terutamanya mereka yang bernasib baik menjadi kreatif dengan cara perjalanan mereka.

Seorang lelaki, Rahul R Nair tidak ingin mengambil risiko ketika wabak pandemik COVID-19 dengan menggunakan pengangkutan awam untuk berjumpa ibu bapanya di kampung. Malah, dia berinisiatif menggunakan cara lain untuk pulang ke kampung di Kochi.

Susulan lesen memandunya juga telah tamat tempoh pada bulan September yang lalu, Nair membuat keputusan untuk menunggang basikal sejauh 550 km dari Bengaluru ke kampungnya. Perjalanannya dinamakan sebagai Two Wheels And A Handlebar.

Gambar via India Times

Menurutnya, dirinya pernah mengajar jurusan kewangan selama enam setengah tahun di sebuah kolej di mana Rahul berulang-alik dari rumah ke kolej sejauh 60 km dengan berbasikal.

Perjalanan pulang ke kampung halamannya memakan masa dari 18 hingga 21 November menggunakan laluan Bengaluru-Mysuru-Kozhikode-Guruvayur-Kochi.

Setelah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, Rahul kembali ke Bangaluru dari 27 hingga 30 November.

Sumber: India Times

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.