Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster yang dicatatkan hari ini iaitu Kluster Ceram, Kluster Pulau Berhala dan Kluster Jalan Tampoi.
Berikut merupakan perincian bagi semua kluster tersebut.
KLUSTER CERAM
Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-65468) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Hasil saringan di tempat kerja seterusnya mendapati sebanyak 170 kes lagi dikesan positif COVID-19. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 171 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PULAU BERHALA
Kluster ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-52089) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020 hasil saringan komuniti. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN TAMPOI
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-67151) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 212 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Sumber: Kp Kesihatan