Siakap Keli

Berat Badan Susah Naik? 11 Makanan Ini Membantu Anda Menambahkan Berat Badan Yang Ideal Dan Lebih Sihat

Pernah tak  anda makan terlalu banyak tapi badan masih tak naik? Pelbagai ubat dan vitamin anda telah amalkan namun tiada sebarang kesan yang boleh menambahkan berat badan. Mungkin juga anda dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan badan yang terlalu kurus. Sekiranya berlaku demikian, semak semula makanan yang anda makan dan pengambilan kalori juga harus diberi perhatian.

Jika anda kerap makan terus menerus tanpa henti, mungkin sukar untuk anda menaikkan berat badan. Hal ini kerana badan anda mempunyai metabolisme tinggi yang senang untuk memproses dan membakar lemak, berbanding dengan orang yang kerap makan  dan berat badannya mudah untuk naik.

Sekiranya anda hilang selera makan, mungkin anda boleh bermula dengan mengunyah makanan ringan. Ia mungkin membuatkan anda mempunyai keinginan untuk menambahkan selera makan. Namun, sekiranya anda mempunyai makanan tambahan untuk menaikkan berat badan,  jangan sesekali anda makan makanan yang tiada khasiat malah anda perlu mengambil makanan yang kaya dengan nutrien yang memberi kesihatan yang baik dalam badan.

Oleh itu, 11 makanan ini mampu menaikkan berat badan anda dan memberikan bentuk badan seperti yang anda idamkan.

Sumber : Google

(1) Roti penuh gandum disapu dengan mentega kacang

Salah satu cara untuk menaikkan berat badan adalah dengan penambahan kalori dalam makanan. Ketika anda bersarapan, pengambilan roti penuh gandum disapu dengan mentega kacang sangat baik untuk menambahkan kalori dalam badan. Ini kerana biji-bijian yang terdapat pada roti tersebut mempunyai serat yang tinggi dan kacang yang terdapat pada mentega mengandungi kalori, lemak dan protein yang tinggi.

Sumber : Google

(2) Tambah keju pada omelet telur

Kebiasaanya omelet dibuat menggunakan 2 atau 3 biji telur sahaja. Anda boleh cuba tambahkan sedikit keju pada omelet telur anda. Keju tambahan pada omelet akan menambahkan kalori dalam makanan dan memberikan anda tenaga sepanjang hari.  Namun, anda juga perlu letakkan sedikit sayuran seperti tomato, cendawan, bawang,  lada supaya kandungan nutrien dalam omelet anda mempunyai nutrien yang lengkap dan sihat.

Sumber : Google

(3) Kepingan Epal disaluti dengan mentega kacang

Kebanyakan dari mereka kurang makan buah-buahan dan membuatkan mereka kekurangan nutrisi dalam badan. Buah-buahan ternyata mempunyai kalori yang rendah, namun jika anda mahu menambahkan kalori sedikit dalam buah, anda boleh ambil beberapa kepingan buah epal dan salut dengan mentega kacang. Rasanya sedap dan ia boleh menambahkan nutrien dalam badan bersama-sama dengan kalori yang kita dapat daripada buah tersebut. Cara ini mungkin membantu anda menaikkan berat badan dengan lebih sihat.

Sumber : Google

(4) Tambahkan sos keju ke dalam sayuran hijau

Makan sayur-sayuran sangat penting untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang sihat. Namun, kesemua sayur-sayuran mempunyai kalori yang rendah, tidak sesuai dimakan begitu sahaja bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Oleh itu, anda boleh cuba menambahkan sedikit sos keju ke dalam sayuran hijau sebagai sumber bagi mendapatkan tenaga. Ia juga membantu menambahkan sedikit kalori yang membolehkan anda menaikkan sedikit berat badan. Namun, jangan lebihkan pengambilan sos keju berbanding dengan sayur-sayuran sebaliknya biar seimbang.

Sumber : Google

(5) Masukkan campuran kacang, oat, buah dan madu ke dalam yourgurt

Anda mungkin telah cuba pelbagai makanan seperti pencuci mulut yang manis untuk menaikkan berat badan. Tapi, jika ianya berlebihan boleh memudaratkan kesihatan seperti penyakit kencing manis. Oleh itu, anda boleh cuba dengan makan yougurt, dicampur pula dengan pelbagai jenis kacang seperti badam, walnut dan tidak lupa dengan oat dan juga madu. Anda bukan sahaja mendapatkan pencuci mulut yang sedap, malah ianya sihat membantu anda menaikkan berat badan di samping kekal sihat.

Sumber : Google

(6) Pilih sup yang berkrim daripada sup kosong

Sup yang penuh krim mengandungi kalori yang tinggi berbanding dengan sup kosong. Anda boleh hirup sup yang berkrim dengan roti supaya mendapatkan tenaga yang berpanjangan. Namun perlu diingatkan juga, sup yang berkrim seeloknya dicampur dengan sayur-sayuran seperti brokoli, cendawan kerana ia akan menambahkan sedikit kalori dalam pemakanan dan mudah untuk memberikan pertambahan berat badan anda.

Sumber : Google

(7) Letak sedikit krim masam di atas kentang

Kentang mengandungi kanji yang tinggi dan mempunyai kalori yang baik. Namun, penambahan krim masam di atasnya mampu meningkatkan kalori dalam kentang tersebut. Walaupun ramai tidak gemar makan kentang disebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi, tetapi kentang memberikan kita tenaga yang berpanjang kerana mempunyai vitamin, mineral dan serat yang baik untuk diserap ke dalam badan.

Selain itu juga, penambahan krim masam dalam kentang akan memberi tambahan sedikit kalsium dalam badan. Namun, jika anda ingin menambahkan kesedapan dan sedikit kalori boleh tambahkan dengan keju atau sebarang kuah yang menjadi kegemaran anda.

Sumber : Google

(8) Makan dengan banyak sayuran yang banyak kanji seperti kentang dan jagung manis

Jagung manis dan kentang merupakan sayur-sayuran yang banyak khasiatnya. Kandungan kalorinya lebih tinggi berbanding dengan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan kubis. Oleh itu, bagi mereka yang tidak gemar makan sayur-sayuran hijau, lebih baik jika menggantikan dengan kentang dan juga jagung manis. Ia sedikit sebanyak membantu anda untuk menambahkan berat badan dan lebih banyak tenaga diberi.

Sumber : Google

(9) Protein bar

Protein bar merupakan makanan ringan yang dibuat untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan.  Protein bar juga mempunyai pelbagai kandungan nutrisi lain seperti karbohidrat, kalium, kalsium, vitamin B, kalium, dan zat besi. Selain itu, ia diperbuat daripada bahan yang penuh dengan nutrisi seperti kacang, b iji-bijian, buah-buahan yang sudah dikeringkan.

Makan protein bar setiap hari membolehkan anda menambahkan sedikit kalori dalam badan. Ia juga boleh dijadikan sebagai sarapan pagi. Anda boleh dapatkan protein bar ini di mana-mana kedai dan pasar raya. Namun, anda perlu lihat pada label pemakanan protien bar ini berapa banyak kalori yang anda perolehi dalam setiap hidangan.

Sumber : Google

(10) Minum susu, jus buah-buahan dan sayuran

Anda perlu mendapatkan minuman yang cukup sepanjang hari. Namun, anda perlu elakkan minuman yang bergas atau minuman yang tidak berkhasiat kerana kandungan gula yang tinggi akan membahayakan kesihatan. Oleh itu, minum minuman yang menyihatkan seperti susu, jus buah-buahan atau sayuran bagi menambahkan kandungan vitamin dan mineral dalam badan.

Sumber : Google

(11) Sentiasa bawa snek campuran

Snek campuran mengandungi kacang, biji, bijirin dan buah kering. Snek tersebut cukup berkhasiat berbanding dengan  makanan ringan yang mempunyai banyak kandungan yang tidak sihat. Selain membantu menambahkan kalori dalam makanan ianya juga membantu untuk menambahkan berat badan anda yang sukar untuk naik. Oleh itu, bawalah kemana sahaja snek ini supaya anda sentiasa kenyang sepanjang hari.

Sumber : verywellfit

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.