Siakap Keli

Burung Dengan Sayap 21 Kaki, Ia Dikatakan Pernah ‘Menggelapkan’ Bumi Antartika 50 Juta Tahun Dulu

Dikatakan selepas kepupusan dinosaur, muncul pula baka gergasi yang baru iaitu burung yang berupa raksasa. Nama saintifik burung ini ialah Pelagornithid. Ia merupakan jenis burung yang terbesar yang pernah hidup di Antartika. Burung raksasa ini dikatakan mempunyai sayap yang panjangnya mencapai 21 kaki iaitu bersamaan dengan  6 hingga 4 meter. Pada 50 juta tahun dahulu, spesies burung raksasa ini dipercayai pernah menggelapkan bumi antartika disebabkan saiz badannya yang begitu besar dan membuatkan spesies haiwan yang lain gerun dengan mereka.

Sumber : Google

Satu kajian telah diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports yang memfokuskan kajian mengenai burung raksasa ini mengenai tulang dari kaki burung  tersebut. Hasil penemuan tersebuat telah dikumpulkan di Pulau Seymour di Semenanjung Antartika pada tahun 1980-an.

Pada tahun 2015, Peter Kloess seorang pelajar siswazah dari Universiti California, Berkeley telah menemui beberapa rangka tulang dalam koleksi Muzium Paleontologi. Beliau melihat catatan yang tertulis di Muzium tersebut bahawa tulang-tulang itu telah hidup dari zaman batu dan kelihatan sudah tua seperti yang dikenali sebelum ini. Seperti yang ditulis di label Muzium itu, kelihatan spesies ini telah hidup 50 juta tahun dahulu dan jauh lebih besar daripada tulang Pelagornithid lain yang ditemui pada usia itu.

Pelagornithid telah ditemui buat kali terakhir sewaktu 2.5 juta tahun yang lalu, semasa perubahan iklim ketika bumi dilanda musim sejuk dan ais baru bermula .

Sumber : Google

Bergigi Tulang

Pelagornithid atau burung raksasa ini dikenali juga sebagai burung bergigi tulang kerana mempunyai gigi yang tajam dan paruh yang panjang. Tulangnya yang tajam ditutupi oleh keratin, yang seakan-akan seperti jari kuku manusia. Disebut sebagai pseudoteeth kerana giginya yang tajam dan paruhnya yang panjang membantu untuk menangkap ikan dan hidupan laut sebagai sumber makanannya.

Haiwan yang boleh terbang pada waktu itu akan muncul secara berkala di muka bumi. Bermula dengan wujudnya Pterosaurus yang mempunyai sayap sehingga mencapai 33 kaki.

Kemudian, wujudnya Pelagornithid selepas kepupusan Pterosaurus dan hidup kira-kira 2.5 juta tahun yang lalu. Justeru, pada waktu yang sama juga Teratorns yang kini pupus telah mengusai langit pada ketika itu.

Mengikut hasil penyelidikan, mereka telah menjumpai fosil yang lain iaitu di bahagian rahang pada burung raksasa yang telah diawetkan. Mereka mempunyai ketinggian hingga 3 cm (1 inci) ketika burung itu masih hidup. Selain itu, bahagian rahang yang diawetkan kira-kira 12 cm (5 inci)  berasal daripada tengkorak yang sangat besar dan panjangnya bersamaan 60 cm (2 kaki).

Sumber : Berkeley News

Cuaca Panas di Antartika Adalah Tempat Burung Bermain

Pada 50 juta tahun dahulu, Antartika pernah mengalami cuaca yang sangat panas yang dikenali sebagai Eosen. Pada musim itu, banyak spesies haiwan mamalia telah pupus seperti marsupial, sloth dan anteaters, di mana mereka menduduki tempat di laut, darat dan udara.

Waktu itu, di bahagian lautan selatan merupakan tempat permainan spesies penguin serta spesies itik, unta, petel dan kumpulan burung lain yang kebanyakannya tinggal di Pulau-pulau semanjung Antartika.

Hasil penyelidikan yang dijalankan mendokumentasikan bahawa burung-burung yang bergigi tulang mempunyai ukuran yang besar dan merupakan sebahagian daripada ekosistem Antartika lebih daripada 10 juta tahun dahulu. Mereka kelihatan terbang di atas awan sambil dilihat oleh penguin semasa mereka sedang berenang.

Justeru, koleksi yang terdapat di Muzium yang banyak dijumpai oleh orang-orang seperti Kloess, Poust dan Stidham merupakan satu peluang untuk membina semula sejarah-sejarah yang berkaitan dengan habitat pada zaman purba ini.

Oleh itu, mereka berkata, “sesebuah koleksi itu sangat penting, penemuan spesies seperti Pelagornithid tidak akan berlaku sekiranya kami tidak mendapat kepercayaan dari masyarakat sama ada di UC Riverside atau di Berkeley.” Kloess berpendapat bahawa “penemuan dan penyelidikan yang dilihat dan dikaji oleh para penyelidik merupakan satu nilai kehebatan yang luar biasa.”

Rujukan

(1) Stephanie Pappas (2020) Monster bird fossils unearthed in Antarctica. Sumber dipetik daripada https://www.livescience.com/monster-bird-fossils-antarctica.html

(2) Robert Sanders (2020) Antarctica yields oldest fossils of giant birds with 21-foot wingspans. Sumber dipetik daripada https://news.b

erkeley.edu/2020/10/27/antarctica-yields-oldest-fossils-of-giant-birds-with-21-foot-wingspans/

(3) Peter A. Kloess (2020) Earliest fossils of giant-sized bony-toothed birds (Aves: Pelagornithidae) from the Eocene of Seymour Island, Antarctica. Sumber dipetik daripada https://www.nature.com/articles/s41598-020-75248-6

(4) Monika Novena (2020) Fosil Rahang di Antartika Ungkap Burung Terbesar Pernah Hidup di Bumi. Sumber dipetik daripada https://www.kompas.com/sains/read/2020/10/29/090200023/fosil-rahang-di-antartika-ungkap-burung-terbesar-pernah-hidup-di-bumi?page=all

(5) Zacharias Wuragil (2020) 50 Juta Tahun Lalu, Burung Raksasa Ini Kuasai Antartika. Sumber dipetik daripada https://tekno.tempo.co/read/1401046/50-juta-tahun-lalu-burung-raksasa-ini-kuasai-antartika

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.