Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Pastikan Tak Salah Guna, Kenali Maksud Disebalik Setiap Warna Emoji Hati Dan Bila Nak Guna

Ketika hendak meluahkan perasaan cinta, mencari perkataan yang sesuai kadang kala boleh menjadi perkara yang agak menyukarkan – jadi ramai diantara kita yang akan menggunakan emoji hati untuk meluahkannya sahaja.

Pun begitu, terdapat pelbagai emoji hati yang datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Apakah maksud-maksud emoji ini semua sebenarnya. Berikut adalah maksud serta penerangan emoji-emoji hati yang terdapat di telefon bimbit anda.

Menurut laporan Wired, setiap ikon hati ini mempunyai maksudnya yang berbeza…

Hati putih

Maksud

Hati putih ini boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan cinta yang murni, yang tidak dapat dihancurkan.

Kegunaan

Simbol hati ini boleh digunakan untuk melambangkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak, atau pun cinta yang akan berkekalan walaupun diuji dengan masa.

Hati merah

Maksud

Simbol klasik hati berwarna merah ini melambangkan cinta sejati

Kegunaan

Ianya boleh digunakan untuk menyampaikan keghairahan dan cinta, dan anda boleh menghantarnya kepada pasangan anda.

Hati Hitam

Maksud

Sebilangan pengguna internet memilih untuk menggunakannya ketika mereka cuba untuk menyatakan lawak yang sensitif.

Kegunaan

Digunakan dalam konteks yang berlawanan dengan hati merah, ikon hitam ini dapat menggambarkan kesakitan atau kesedihan.

Hati kuning

Maksud

Apabila bentuknya berwarna kuning atau emas, ianya menandakan kebahagiaan dan persahabatan.

Kegunaan

Di aplikasi Snapchat, simbol hati ini muncul di sebelah nama orang yang paling anda gemari.

Hati hijau

Maksud

Nama lain bagi ikon ini adalah “emoji hati cemburu”.

Kegunaan

Selain menunjukkan perasaan iri hati, ianya kadang kala melambangkan organik serta kehidupan yang sihat.

Hati ungu

Maksud

Digunakan untuk menggambarkan emoji ketika mereka sedang melafazkan perasaan kasih sayang atau cinta. Ianya juga boleh digunakan untuk melambangkan kemewahan.

Kegunaan

Apabila pengguna media sosial berkongsikan gambar-gambar solekan atau pakaian mereka, mereka akan sering menggunakan hati ungu ini.

Hati biru

Maksud

Hati biru ini juga dapat melambangkan kepercayaan, keharmonian, kedamaian dan kesetiaan.

Kegunaan

Ikon ini telah banyak digunakan oleh mereka yang berusaha menunjukkan sokongan untuk Autism Awareness.

Hati berkilau

Maksud

Menurut Dictionary.com, hati yang berkilau ini “menunjukkan cinta dan kasih sayang,sering menggambarkan ton yang baik, gembira, dan bergurau”.

Kegunaan

Emoji hati berkilau ini juga dikenali sebagai emoji bintang hati, sering digunakan oleh pengguna Instagram untuk menarik perhatian pada catatan mereka.

Hati berdegup

Maksud

Ikon ini juga dikenali sebagai emoji penggera jantung dan menunjukkan bentuk intensif emoji jantung klasik.

Kegunaan

Ianya sering digunakan oleh mereka yang mempunyai perasaan gementar apabila menhantar pesanan kepada orang yang tersayang.

Hati yang semakin membesar

 

Maksud

Emoji merah jambu yang kelihatan seperti hati yang duduk didalam hati yang lain telah diciptakan untuk memberikan gambaran berkenaan cinta yang semakin bertambah.

Kegunaan

Ianya digunakan untuk menunjukkan perasaan yang semakin bercambah dan kadangkala digunakan untuk melambangkan yang mereka sedang jatuh cinta.

Hati retak

Maksud

Emoji ini sering dikenali sebagai emoji patah hati dan ianya sering menggambarkan perasaan cinta yang tidak menjadi.

Kegunaan

Ianya sering digunakan untuk mewakili perasaan penderitaan, pengkhianatan dan kepercayaan yang rosak.

Hati oren

Maksud

Anda mungkin ingin menggunakan emoji hati oren ini untuk menunjukkan perasaan ketenangan, ambil berat dan keselesaan kerana warnanya sering dikaitkan dengan kehangatan dan cahaya.

Kegunaan

Ianya boleh digunakan untuk rakan-rakan bagi menghantar mesej galakan serta sokongan.

Tanda seru hati

Maksud

Hati jenis ini adalah lanjutan tanda seru dan ianya menunjukkan yang anda bersemangat terhadap sesuatu topik itu.

Kegunaan

Anda boleh pilih untuk menggunakan hati ini jika anda sepenuhnya bersetuju dengan seseorang, atau ingin menunjukkan kegembiraan anda.

Hati dengan anak panah

Maksud

Hati ini, yang menampilkan panah daripada dewi asmara, mewakili jatuh cinta atau perasaan baru.

Kegunaan

Gunakan ini pada permulaan percintaan untuk menunjukkan bahawa anda terpukul, atau gunakan pada hari kekasih bagi menunjukkan semangat masih ada.

Dua hati

Maksud

Emoji dua hati ini mewakili “cinta yang sedang berkumandang” dan menunjukkan perasan saling mencintai antara dua orang.

Kegunaan

Anda boleh memilih simbol ini untuk menunjukkan cinta serta semangat anda dengan pasangan, dan untuk menunjukkan percintaan.

Hati dengan reben

Maksud

Emoji hati dengan reben ini melambangkan anda memberikan hati anda kepada seseorang, seperti anda mahu memberikan sebagai hadiah.

Kegunaan

Hantarkan ini kepada seseorang yang anda minati untuk menunjukkan kesetiaan anda.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: