WASHINGTON,7 Dis (Bernama) — Permintaan pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci, supaya orang ramai “memakai pelitup muka” bagi membendung penyebaran pandemik COVID-19 tersenarai sebagai petikan paling terkenal 2020.
Permintaan Fauci itu dibuat ketika temu bual dengan CNN pada 21 Mei, lapor agensi berita Xinhua, Ahad.
Senarai oleh Pusat Pengajian Undang-Undang Yale itu disusun oleh Fred Shapiro, seorang pengarah bersekutu di perpustakaan dan penyunting Yale Book of Quotations, yang pertama kali diterbitkan pada 2006.
Permintaan berulang kali daripada lelaki berketurunan Afrika- Amerika George Floyd kepada pegawai polis yang menganiaya beliau — saya tidak dapat bernafas — berada di kedudukan kedua.
Sumber: BERNAMA