Siakap Keli
hujan meteor malaysia
Kredit: Google

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Fenomena Hujan Meteor Geminids Pada 13 & 14 Disember Ini

Putrajaya, 7 Disember – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Planetarium Negara sebentar tadi memaklumkan, orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena hujan meteor yang dijangka berlaku pada 13 Disember akan datang.

Melalui kemaskini Planetarium Negara, fenomena Hujan Meteor Geminids itu diramal muncul maksimum pada 8.30 malam 13 Disember sehingga awal pagi 14 Disember waktu tempatan.

“Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Hujan Meteor Geminids pada waktu malam dari 4 hingga 17 Disember 2020. Hujan Meteor Geminids ini akan mencapai maksimum dengan kadar 120 meteor sejam atau 2 meteor seminit pada Ahad, 13 Disember 2020, jam 8,30 malam sehingga menjelang awal pagi 14 Disember 2020,” tulis jabatan itu.

Orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena itu perlu ke kawasan yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.

“Pusat pancaran meteor-meteor tersebut datangnya dari buruj Geminid yang terletak di langit sebelah Utara.”

Sumber: Planetarium Negara

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.