Siakap Keli

Tandas Rumah Anda Tersumbat? Ini 5 Tips Mudah Dan Cepat Untuk Mengatasinya

Tandas yang tersumbat pasti akan menggangu aktiviti harian di rumah anda. Kegiatan ke depannya jadi terhalang lantaran air dan kotoran tidak boleh bergerak dengan lancar. Namun, anda tidak perlu panik dan terburu-buru memanggil tukang atau juruteknik. Ada beberapa cara mudah untuk mengatasi kesulitan ini. Dipetik dari Family Handyman, Isnin (7/12/2020), berikut 5 cara mudah mengatasi masalah tandas tersumbat.

1. Gunakan sabun cuci pinggan

Untuk mengatasi tandas tersumbat, anda boleh menggunakan sabun cuci pinggan yang ada di dapur rumah. Sabun yang licin akan membantu melincirkan paip yang tersumbat dan memungkinkan kotoran lebih mudah meluncur ke bawah. Tuangkan lebih kurang satu cawan sabun cuci pinggan ke dalam toilet. Jika anda kehabisan sabun cuci pinggan, potong sabun ketul menjadi potongan-potongan kecil dan jatuhkan ke tandas.

2. Tambahkan air panas

Jika sabun cuci pinggan saja tidak berhasil, tambahkan air panas mungkin akan berkesan. Isikan ke dalam baldi dengan air panas (air mendidih boleh menyebabkan toilet porselin retak). Tuangkan air ke dalam tandas dari aras ketinggian pinggang. Kekuatan air dapat mengeluarkan apa pun yang menyebabkan tersumbat.

3. Gunakan penyangkut baju

Penyumbatan yang lebih parah mungkin memerlukan keupayaan lebih dan manual. Untuk mengatasi tandas yang tersumbat dengan kronik, buka kait penyangkut baju dan luruskan. Jolok salah satu hujung kawat pada kawasan yang tersumbat. Keluarkan kotoran dan biarkan ia mengalir ke saluran pembuangan.

4. Campuran baking soda dan cuka

Sebagai alternatif selain menggunakan sabun cuci pinggan cubalah gunakan campuran baking soda dan cuka. Tuangkan satu cawan baking soda dan dua cawan cuka ke dalam tandas. Biarkan ia mendesis selama setengah jam. Jika tidak berjaya, cuba trik air panas.

5. Gunakan bekas botol plastik

Trik mengatasi tandas tersumbat ini boleh mengakibatkan bersepah. Mulalah dengan membuang air dari tandas sebanyak mungkin. Anda dapat melakukan ini dengan berulang kali mengisi bekas kecil dengan air tandas dan tunagkan air ke dalam baldi. Seterusnya, isi botol plastik besar dengan air panas.

Letakkan ibu jari anda di atas botol dan masukkan ujung atas botol ke dalam saluran keluar di dasar tandas. Pastikan anda memakai sarung tangan getah ketika melakukan hal ini. Lepaskan ibu jari anda dan picit botol tersebut sehingga air di dalamnya mengalir ke bawah paip. Tekanan tambahan boleh mengeluarkan apa pun yang menjadi punca ianya tersumbat.

Sumber- Family Handyman

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.