Siakap Keli

4 Sebab Kenapa Air Kencing Anda Berbuih, Mungkin Tanda-Tanda Penyakit

Kencing dengan urin berbuih umumnya terjadi ketika kecepatan semburan aliran buang air kecil terlalu kencang. Seperti air yang berbuih ketika air paip yang dibuka secara maksimum, urin juga akan berbuih apabila alirannya terlalu cepat. Keadaab tersebut normal dan tidak perlu dirisaukan. Namun, anda perlu berwaspada apabila kencing dengan urin berbuih sering berlaku, bahkan saat semburan buang air kecil hanya secara perlahan. Hal itu boleh jadi tanda masalah kesihatan tertentu.

Berikut beberapa keadaan perubatan yang menjadi sebab kencing berbuih dan cara mengatasinya.

1. Dehidrasi

Melansir Medical News Today, kencing berbusa terkadang artinya dehidrasi atau kekurangan cairan. Selain urine berbusa, dehidrasi ditandai dengan urine yang berwarna pekat atau gelap. Jika kencing dengan urine berbusa terkait dehidrasi, cara mengatasinya yakni minum banyak air putih dan cairan lain sampai urine berwarna bening atau nyaris transparan.

2. Penyakit ginjal

Lihat gambar ilustrasi ginjal(science alert)

Kencing berbuh juga tidak boleh diabaikan kerana boleh jadi tanda penyakit ginjal. Salah satu fungsi ginjal adalah menyaring protein di dalam darah. Protein bertugas menjaga keseimbangan cecair. Jika ginjal tidak dalam keadaan prima, protein boleh terkeluar dari ginjal ke dalam urin. Protein urin ini menyebabkan kencing berbuih.

Selain urin berbuih, tanda penyakit ginjal tahap awal lainnya iaitu kulit gatal tanpa sebab yang jelas, mual, sesak nafas, beberapa bahagian tubuh bengkak, sering kencing, lemas, dan muntah. Apabila anda mengalami beberapa tanda penyakit ginjal di atas, segera dapatkan nasihat doktor. Doktor umumnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, menyarankan membuat ujian darah dan ujian air kencing.

Jika keputusan berkait dengan penyakit ginjal, doktor akan memberi beberapa jenis ubat sebagai cara mengatasi penyakitnya. Selain itu, pen juga hidapperlu melakukan perubahan gaya hidup seperti makan makanan sihat rendah natrium, mengawal tekanan darah dan gula dalam darah, rutin senaman dan tidak merokok. Apabila penyakit ginjal sudah parah dan ginjal tidak berfungsi dengan baik, doktor umumnya menyarankan untuk melakukan rawatan cuci darah (Dialisis).

3. Diabetes

Penyebab kencing dengan urin berbuih mungkin disebabkan oleh diabetes. Ketika kadar gula dalam darah tinggi, urin seseorang boleh juga jadi berbuih. Seperti halnya protein, glukosa atau gula adalah molekul besar. Jika kadar glukosa tinggi, ginjal akan meghadapi kesulitan untuk menyaring molekul besar. Akibatnya, ginjal mengeluarkan lebihan glukosa dan protein melalui urin dan kencing jadi berbuih.

Selain urin berbuih, gejala diabetes lainnya iaitu pandangan mula kabur, mulut kering, sering haus, sering kencing, mudah lapar, kulit gatal dan lelah tanpa sebab yang jelas. Cara mengatasi kencing berbuih disebabkan diabetes perlu mengawal kadar gula dalam darah. Pesakit perlu menjadikan pemeriksaan kadar gula dalam darah sebagai rutin dan mengamalkan ubat untuk menurunkan glukosa darah.

4. Ejakulasi retrogade

Bagi segelintir, kencing berbuih boleh jadi tanda gangguan ejakulasi retrogade. Menurut Healthline, penyakit ini membuat air mani lelaki yang seharusnya dikeluarkan dari penis kembali ke pundi kencing. Ejakulasi retrogade akan menyebabkan lelaki mengalami orgasm kering.

Ejakulasi retrogade sebenarnya tidak perlu diubati, kecuali jika lelaki sedang menjalani program kesuburan untuk memiliki anak. Cara mengatasi kencing berbuih terkait ejakulasi retrogade boleh dilakukan dengan perubatan terapi. Beberapa ubat untuk masalah kesihatan lelaki ini dapat menutup leher pundi kencing ehingga air mani tidak masuk semula ke pundi kencing.

Sumber- Medical News Today

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.