Siakap Keli

Murid Dibenar Pilih Pakai Kasut Hitam Atau Putih Ke Sekolah Menjelang Sesi Persekolahan 2021

Pemakaian kasut berwana hitam yang sebelum ini diwajibkan kepada murid sekolah rendah dan menengah, dibatalkan bermula sesi persekolahan 2021.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 7 Disember lalu.

Menurut Sinar, menerusi edaran Surat Pekeliling Iktisas (SPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang juga bertarikh 7 Disember, semua murid sekolah dibenar memilih sama ada untuk memakai kasut berwarna hitam atau putih serta berstoking mengikut warna kasut.

Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim turut memaklumkan SPI tersebut berkuat kuasa serta-merta.

“Dengan berkuatkuasanya SPI ini, maka Surat Pekeliling Iktisas kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 10 2018: Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam Oleh Murid Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 20 November 2018 adalah terbatal,” kata surat tersebut seperti memetik laporan Sinar.

Terdahulu, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, pada 19 Julai 2018 bersetuju pemakaian kasut hitam perlu dilaksanakan secara beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaannya pada 2020.

Ianya susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih yang dipakai oleh anak mereka.

Sumber: Sinar Harian

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.