Siakap Keli

Nenek Usia 90 Tahun, Inidvidu Pertama Dalam Dunia Disuntik Vaksin Covid-19

Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Britain menjadi individu pertama di dalam dunia menerima suntikan vaksin Covid-19, hari ini.

Margaret Keenan, dari Coventry, berkata, dia merasa “istimewa” ketika menerima suntikan itu setelah mendapat persetujuan klinikal ketika Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) melancarkan kempen vaksin terbesarnya pada Selasa.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, mengatakan bahawa dia merasa “emosional” ketika melihat gambar Puan Keenan ketika diberikan vaksin.

Dia akan menerima suntikan tambahan (booster) dalam masa 21 hari bagi memastikan dia mempunyai peluang terbaik untuk dilindungi daripada virus tersebut.

“Saya merasa sangat istimewa untuk menjadi orang pertama yang diberi vaksin terhadap Covid-19, ini hadiah ulang tahun awal yang terbaik yang saya mahukan kerana ini bermakna saya akhirnya dapat  menghabiskan masa dengan keluarga dan rakan-rakan saya di tahun baru setelah bersendirian sepanjang tahun,” kata Keenan, yang akan berusia 91 tahun pada minggu depan.

Dia menerima suntikan itu pada pukul 6.31 pagi tadi (waktu tempatan) oleh jururawat, May Parsons, di Hospital Coventry.

Difahamkan, suntikan akan diberikan di puluhan pusat hospital di seluruh negara mulai hari ini dan digelar sebagai  “V-Day” oleh Setiausaha Kesihatan Matt Hancock.

Vaksin yang dihasilkan oleh syarikat gergasi farmaseutikal, Pfizer dan rakan kongsi, BioNTech, berupaya menyelamatkan nyawa dari wabak Covid-19  tetapi mempunyai cabaran logistik yang kompleks untuk disampaikan dari pengilang kepada pesakit.

Ia perlu disimpan pada suhu -70C sebelum dicairkan dan hanya boleh dipindahkan empat kali dalam rantaian itu sebelum digunakan.

Sumber: Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.