Biarpun umur hampir menjengah usia emas, seorang wanita cekal berusaha menjadi penghantar makanan menggunakan kereta Kancil lamanya demi sesuap rezeki.
Menurut pendakwah, Ustaz Ebit Lew, auntie Christine Ti ini merupakan seorang bekas penulis majalah berbahasa Inggeris. Namun akibat pandemik, beliau telah kehilangan pekerjaannya.
Susulan itu, wanita cekal berkenaan meneruskan hidupnya dengan mengerah keringat sebagai Food Panda di Kuala Lumpur menaiki keretanya yang telahpun berusia 25 tahun.
Mari baca perkongsian Ustaz Ebit mengenai wanita hebat ini.
Baru kehilangan ibu, cekal dan tabah
Sayu sebak tengok auntie Christine Ti, Chinese KL. Sampai jer tadi terus berbual dengan aunty ni di hentian bas. Terus menangis terasa rapat jer. Berlinangan air mata. Peramah auntie ini. Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau.
Kuat berusaha dan suka menolong orang. Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia. Menangis Sebelum ini kerja penulis majalah bahasa Inggeris. Pandai Bahasa Inggeris. Hebat tulisannya. Semenjak awal PKP hilang kerja. Mula kerja Food Panda guna kereta Kancil lama.
Saya tolong baiki kereta Kancil auntie. 25 tahun kereta ni. Katanya dia sangat sayang keretanya. Gantikan tayar baru dan service. Seronok menangis gembira bila saya tolong baiki kereta ni. Beri sedikit duit belanja. Dan nanti nak tengok rumahnya, dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.
Tadi masa parkir,dia nak bagi tiket parkirnya, bayarkan untuk kereta kawan-kawan saya. Tak apa auntie. Baiknya.
Doakan auntie ni. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik-baik. Tiada politik kerja. Tengah kesana sini. Tengok ada job RM4 masuk. Seronok auntie ni. Lepas tu ada lagi job RM7. Jarang dapat RM7. Sedihnya rasa. Kuat dan rajin -Ebitlew
Semoga urusan auntie Christine dipermudahkan selalu.
Sumber: Ebit Lew