Siakap Keli
Gambar: @dandhy25

(Video) Hanya Bertemu Di Majlis Perkahwinan, Lelaki Tak Sangka Jodoh Pilihan Keluarga Rupanya Kekasih Sendiri

Hal jodoh merupakan perkara yang misteri. Ada yang berkawan sepuluh tahun namun tak ada rezeki, ada pula yang baru kenal sebulan sudah menjejakkan kaki ke pelamin. Apapun jalan takdirnya, pasti ramai yang mengimpikan pernikahan dengan pilihan sendiri.

Bagaimanapun, bagi seorang lelaki di Indonesia, dia terpaksa ‘pasrah’ selepas dijodohkan dengan wanita pilihan orang tuanya. Menurut @Dandhy25 di TikTok, lelaki yang merupakan sepupunya itu telahpun mempunyai teman wanita sendiri, namun terpaksa akur atas kehendak ibu bapanya. Malah, dia juga tidak dibenarkan bertemu dengan wanita misteri itu sehinggalah hari pernikahan mereka.

Sebulan sebelum pernikahan, dia dikatakan sempat meluahkan rasa hati dan keraguannya terhadap pernikahan itu kepada sepupunya tanpa mengetahui wanita pilihan keluarga itu adalah teman wanitanya sendiri.

“Jadi ceritanya sepupuku ini dijodohkan dan dia tidak diperbolehkan untuk bertemu dengan wanita yang dijodohkannya. Satu bulan terakhir sebelum majlis, dia sempat meluah kepada aku.

“Dia ragu dengan perjodohan ini kerana dia sudah ada teman wanita, dan sudah berkawan selama tiga tahun.

@dandhy25

menurut kalian, sikap orang tuanya bagaimana?

♬ original sound – Dandhy – Dandhy

“Kerana sepupuku ini anak yang taat dengan orang tua, dia bersetuju untuk dijodohkan. Tapi dia tak sangka, rupanya wanita yang dijodohkan itu adalah teman wanitanya.”

@dandhy25

up ajalah, part3nya biar gak ada lagi yang penasaran sama akhir endingnyaπŸ€—

♬ original sound – AaBungsu. SO πŸŒ€ – AaBungsu. SO πŸŒ€

Sumber: Dandhy25

Amira

Love yourself.