Siakap Keli

Gunung Everest Secara Rasmi Tumbuh Lebih Tinggi Pada Tahun 2020

Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di Bumi, pergunungan yang melintasi perbatasan Nepal dan China. Selama bertahun-tahun, kedua-dua negara ini berdebat tentang ketinggian Gunung Everest. Namun akhirnya di tahun 2020 ini, China dan Nepal bersepakat bahawa ketinggian Gunung Everest tepatnya adalah 8.848,86 meter, diumumkan dalam sidang media di Kathmandu, Selasa (8/12/2020). Ini bermakna, ketinggian gunung ini 86 cm lebih tinggi dari ukuran sebelumnya yang diakui Nepal dan lebih dari 4 meter di atas angka rasmi oleh China, seperti dipetik dari Science Alert, Rabu (9/12/2020).

Pengukuran ketinggian awal Gunung Everest pertama kali dilakukan oleh seorang ahli geografi di masa penjajahan Inggeris. Dia yang pertama kali menentukan ketinggian Gunung Everest pada tahun 1856. Dengan menggunakan trigonometri ratusan batu jauhnya di dataran India, akhirnya memperoleh ketinggian awal ketika itu 8.840 meter di atas permukaan laut.

Beza pengukuran antara Nepal dan China

Setelah dua pendaki pertama yang mencapai puncak Everest pada 29 Mei 1953, Edmund Hillary dan Tenzing Norgay Sherpa, dalam tinjauan India menyesuaikan ketinggian gunung tersebut menjadi 8.848 meter. Sejak itu, ukuran tersebut diterima secara luas dengan angka yang tidak hanya menarik bagi pendaki gunung, tetapi juga nama yang menginspirasikan banyak hal. Selanjutnya, pada tahun 1999, US National Geographic Society menyimpulkan titik tertinggi di dunia adalah 8.850 meter. Akan tetapi, Nepal tidak pernah secara rasmi mengakui hal tersebut.

Lantas, mengapa ada perbezaan ukuran ketinggian Gunung Everest antara Nepal dan China? Perbezaan ketinggian gunung tersebut terjadi kerana China yang mengukur pangkalan batuan di puncak dan bukan dari selubung salju dan ais di puncak gunung ini. China melakukan beberapa tinjauan sendiri dan pada tahun 2005 mereka memperoleh angka 8.844,43 meter untuk ketinggian gunung tersebut.

Hal itu mencetus perselisihan dengan Nepal, yang baru diselesaikan pada tahun 2010, ketika Kathmandu dan Beijing sepakat bahawa pengukuran yang mereka lakukan, merujuk pada hal-hal yang berbeza. Jika China mengukur berdasarkan pada ketinggian batuan Everest, sementara Nepal mengukurnya berdasarkan ketinggian lapisan salju.

Muncul pergerakan plat tektonik

Nepal kemudian memutuskan untuk melakukan tinjauan bersama China, setelah adanya dugaan bahawa ada pergerakan plat tektonik. Termasuk adanya potensi gempa bumi besar pada tahun 2015 yang mungkin akan memengaruhi ketinggian gunung tersebut. Dalam tinjauan ketinggian tersebut, lebih kurang 300 pakar dan juru ukur Nepal dilibatkan dalam usaha tersebut.

Untuk mencapai stesyen pengumpulan data, beberapa dari mereka berjalan kaki dan lainnya melakukan tinjauan dengan helikopter. Pada musim bunga yang lalu, juru ukur Nepal akhirnya mencapai puncak Everest dengan lebih dari 40 kg peralatan, termasuk Sistem Navigasi Satelit Global (GNSS). Setidaknya, mereka menghabiskan kira-kira dua jam pembekuan untuk mengumpulkan data ketika puluhan pendaki berdiri di atas gunung. “Mendaki Everest sendirian adalah tugas yang mencabar, tetapi kami tetap harus mengukurnya,” kata Khim Lal Gautam, pejabat jabatan tinjauan yang kehilangan jari kaki kerana radang sejuk dalam ekspedisi tersebut, kepada AFP.

Semestinya, hasil tinjauan tersebut secara rasmi diumumkan pada awal tahun ini, tetapi kemudian setelah kunjungan Presiden Xi Jinping ke Nepal pada Oktober 2019, China akhirnya turut terlibat. Tahun ini, ekspedisi tinjauan China memiliki ruang kerja yang lebih tenang di puncak, sebab mereka adalah satu-satunya pendaki di gunung yang tutup kerana pandemik virus corona.

Ahli dari Biro Tinjauan dan Pemetaan Nasional, Dang Yamin mengatakan media menyiarkan pemerintah China mengatakan hasil akhir adalah nilai rata-rata antara pengukuran yang dilakukan oleh Nepal dan China, sesuai dengan aturan ilmiah. “Berbagai negara telah menyelesaikan pengukuran ketinggian Gunung Everest beberapa kali. Hasilnya berbeza pada kesempatan yang berbeza, jadi kami mengakhiri spekulasi ini,” kata menteri pertanahan Nepal, Padma Kumari Aryal.

Sumber- Science alert

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.