BALI – Seekor hiu paus ditemui mati terdampar di Pantai Candidasa, Kabupaten Karangasem menjadikan spesies ini kali kedua ditemui mati dalam beberapa bulan terakhir ini. Pusat Pengurusan Sumber Pantai dan Laut (BPSPL) di Denpasar mengatakan ikan hiu paus dijumpai sekitar 5 pagi oleh penduduk setempat.
Tambahnya, bangkai ikan yang merupakan seekor betina yang dianggarkan 5 meter panjang dan berat 1 tan tersebut berjaya ditanam oleh pasukan BPSPL di Pantai BugBug. Bangkai tersebut terpaksa ditanam di tempat lain berikutan Pantai Candidasa adalah kawasan yang berbatu.
Menurut penelitian oleh pihak berkuasa, terdapat pendarahan di sekitar mulut hiu paus tersebut dan ia disyaki kerana bertembung dengan kerumbu karang. Ikan tersebut turut disenaraikan sebagai haiwan laut yang kian terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN).
Pada bulan September yang lalu, seekor hiu paus juga telah ditemui mati terdampar di Pantai Pekutatan di Kabupaten Jembrana. Kematiannya dilaporkan kerana ikan tersebut mengalami keletihan yang melampau.
Bukan itu sahaja, bulan lalu juga merekodkan dua paus terdampar berhampiran Pantai Mertasari dan di Pantai Mengiat di mana penemuan yang mengejutkan kerana gigi ikan paus tersebut telah hilang.
Sumber: Coconuts Bali