Siakap Keli

Kekalkan Kejelitaan Awet Muda Dengan Mengamalkan Makanan Ini

Penuaan adalah sebahagian sifat semula jadi dari kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Seiring berjalannya waktu, penampilan pun turut akan berubah. Namun, makanan yang anda makan dapat membantu anda menua lebih baik, baik dari luar mahupun dari dalam.

Berikut ini adalah jenis makanan yang boleh membantu anda kelihatan lebih muda dari usia:

1. Teh hijau

Teh hijau kaya akan antioksidan yang dapat melindungi dari radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang terbentuk bersam metabolisme dan sebagai respons terhadap stress. Antioksidan mengubah strukturnya sehingga tidak dapat menyebabkan kerosakan. Teh hijau sangat tinggi antioksidan yang disebut polifenol, yang dapat melawan diabetes, resistensi insulin, peradangan dan penyakit jantung.

Polifenol juga dapat membantu melindungi kolagen, protein utama di kulit. Ini dapat mengurangkan dan bahkan dapat membalikkan beberapa tanda penuaan. Dalam sebuah penelitian yang diterbitkan jurnal Dermatologic Surgery pada 2005, wanita dengan kulit rosak akibat sinar matahari yang dirawat dengan krim teh hijau dan suplement selama 8 minggu mengalami peningkatan elastisitik kulit yang sederhana.

2. Biji rami

Biji rami memiliki manfaat kesihatan yang luar biasa. Biji-bijian ini mengandungi lignan yang dapat menurunkan kolesterol, mengurangkan gula dalam darah dan kadar insulin, sekaligus menurunkan risiko kanser payudara dan prostat. Biji rami juga merupakan sumber acid lemak omega-3 yang disebut ALA, yang dapat melindungi kulit dari radiasi matahari dan dapat mengurangkan kerosakan kulit berkait dengan sinar matahari. Dalam kajian terkawal, wanita yang mengamalkan biji rami atau minyak rami selama 12 minggu menunjukkan peningkatan hidrasi dan kulit lebih mulus.

3. Avocado

Bukan sekadar sedap dan lazat, avocado baik untuk kesihatan kerana kaya dengan lemak sihat, serat dan beberapa vitamin serta mineral penting. Selain itu, avocado mengandungi kompaun unik yang disebut alkohol lemak polihidroksilasi. Kompaun ini diketahui dapat melawan peradangan, melindungi kulit dari sinar matahari dan membantu memperbaiki DNA yang rosak. Kandungan lemak tak tepu yang tinggi serta antioksidan lutein dan zeaxanthin dalam avocado juga dapat memberikan perlindungan kulit dan DNA tambahan.

4. Timun

Timun dapat menjadikan kulit anda tidak lekang oleh kerana kandungan airnya yang tinggi. Satu kajian yang diterbitkan oleh The Journal of Aging Research and Clinical Practice mendapati bahawa timun sebenarnya mempunyai kesan anti-radang pada kulit, serta sifat mempermudahkan proses pencernaan.

5. Tiram

Tiram dipenuhi dengan zink, yang merupakan nutrien penting untuk memperbaiki kulit. Kajian yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan Imperial College mendapati bahawa zink membantu proses penyembuhan luka pada kulit, dan membantu membunuh bakteria berbahaya pada luka.

6. Nenas

Nanas mengandungi nutrien yang disebut mangan yang membantu menjaga kulit anda untuk sentiasa terasa halus dan kelihatan segar. Kajian oleh Dermato-Endokrinologi menunjukkan bahawa mangan sangat bermanfaat dalam anti-penuaan dan kekurangan zat makanan boleh menyebabkan penuaan dini.

Sumber- Eat this

 

 

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: