Siakap Keli
Kredit: Google

“Kenapa Uncle Tonyoh Muka Kakak..” Ibu Tergamam Dengan Soalan Si Kecil, Anak Didakwa Jadi Mangsa Cabul Kawan Suami

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemangsa seksual boleh terdiri daripada sesiapa sahaja, baik orang asing, guru, saudara mara mahupun ayah sendiri. Malah, kisah tragis individu yang menjadi mangsa penderaan seksual yang melibatkan individu dipercayai ini bukanlah perkara terpencil lagi.

Baru-baru ini, seorang doktor yang gemar berkongsi ilmu kesihatan kanak-kanak dan kekeluargaan, Dr Redza Zainol berkongsi kisah seorang kanak-kanak mangsa serangan seksual oleh individu yang dipercayai keluarga itu sendiri.

Menurutnya, kisah gelap itu terbongkar apabila kanak-kanak perempuan itu bertanya satu soalan kepada ibunya,

“Kenapa uncle ‘S’ tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?”

Soalan itu pastinya membuatkan sang ibu terkejut, lalu membawa kepada terbongkarnya tindakan jijik teman baik suaminya sendiri. Mari baca perkongsian Dr Redza di bawah.

Terbongkar perbuatan teman baik suami sendiri

Berkawan hanya di luar pintu rumah, jangan mudah percaya

Susulan kisah itu, Dr Redza menasihatkan orang ramai terutamanya para bapa dan suami agar tidak terlalu mempercayai orang asing. Beliau mengingatkan agar tidak membiarkan orang luar dengan mudah mendekati anak isteri.

Mereka hanya perlukan cuma 15 minit

Apa perlu buat?

Sebagai panduan, Dr Redza berkongsi tujuh langkah yang perlu ibu bapa ambil jika anak mereka menjadi mangsa serangan golongan bernafsu jijik tersebut.

Apa yang penting ialah pendidikan seksualiti buat anak-anak agar mereka boleh membezakan sentuhan selamat dan tidak selamat agar tidak mudah dieksploitasi pemangsa seksual, termasuk daripada orang yang dipercayai.

Sumber: Dr Redza Zainol

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.