Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

“Maaf Atas Kelewatan,” Kunci Menara Warisan Dipulangkan Selepas 50 Tahun Dengan Nota Mohon Maaf

Seorang individu tidak dikenali dilaporkan telah memulangkan kunci salah satu menara di bangunan English Heritage, London selepas ia dipercayai hilang sejak abad ke-11.

Menurut Daily Mail, kunci tembaga dipercayai berusia sekitar 100 tahun itu telah dipulangkan bersama sekeping surat, menyatakan permohonan maaf kerana lewat memulangkan objek itu.

“Warisan Inggeris yang dihormati. Sila dapatkan kunci besar yang disertakan bersama untuk Menara St. Leonard’s, West Mailing, Kent.

“Dipinjam 1973. Dipulangkan 2020. Maaf atas kelewatan. Salam,” tulis individu misteri itu seperti dilapor Daily Mail.

Kunci itu dikatakan boleh memasuki lubang kunci di menara dimaksudkan, pun begitu ia tidak lagi boleh berpusing.

Menurut Daily Mail, kunci baru telah dipasang antara 1077 sehingga 1108 masihi dipercayai selepas kehilangan kunci tersebut.

Jurucakap bangunan warisan itu berkata, mereka ingin memberikan ganjaran kepada individu yang memulangkan kunci berkenaan.

“Kami tidak tahu bagaimana ia telah hilang. Kami tidak tahu siapa yang mengambilnya. Kami harap individu ini tampil dan membantu kami merungkai persoalan ini.

“Ia dihantar kepada bahagian khidmat pengguna. Semua orang terkejut menerima kunci ini dan teruja kerana ia dipulangkan setelah amat lama,” katanya.

Bangunan Warisan Inggeris itu dipercayai merupakan sebahagian daripada istana yang dibina Gundulf, Bishop Rochester manakala sebahagian yang lain pula percaya ia dibina oleh Bishop Odo Bayeux, saudara tiri William the Conqueror.

Bagaimanapun, tidak banyak maklumat jelas mengenai sebab atau sejarah pembinaannya.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.