Siakap Keli
Kredit: Google

Sembunyi 101,380 Batang Rokok Dalam Enam Van

LANGKAWI, 9 Dis (Bernama) — Dua lelaki ditahan bersama 101,380 batang rokok pelbagai jenama dipercayai belum lulus cukai kastam, yang disembunyikan dalam enam buah van di hadapan sebuah rumah di Jalan Dato Kumbar, Alor Star, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu ACP Rosman Ismail berkata, penahanan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Unit Risikan Marin PPM Kuala Kedah, pada jam 7.30 malam.

Beliau berkata terdahulu pemeriksaan awal ke atas sebuah daripada enam van terbabit, menemukan sejumlah karton rokok yang disembunyikan.

“Anggota pasukan kemudian telah menahan dua lelaki berusia 45 dan 54 tahun, yang dipercayai terlibat untuk menjaga van tersebut.

“Pasukan operasi meneruskan pemeriksaan terhadap kesemua enam buah van dan menemukan sebanyak 101,380 batang rokok pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosman berkata pemeriksaan terperinci yang dijalankan mendapati, semua rokok terbabit disyaki tiada cukai kastam dan dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk enam buah van berserta nilai cukai rokok dianggarkan sebanyak RM453,580. Dua lelaki bersama barang rampasan telah diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.