Siakap Keli

Ular Misteri Dengan Sisik Berkilau Bewarna Dijumpai Di Vietnam

Pada tahun 2019, saintis Amerika dan Vietnam sedang meneliti keanekaragaman biodiversiti di hutan dan pergunungan Vietnam apabila mereka menemukan seekor ular yang kelihatan aneh dan pelik.

Dalam keadaan gelap dan samar, sisiknya ular tersebut akan bertukar menjadi warna biru dan hijau apabila terkena cahaya. Sisiknya kecil, berlekuk dan berpola aneh. Para saintis berpengalaman tidak dapat mengenal pasti spesies apakah itu dan menyedari mereka melihat spesies yang belum pernah ditemui.

“Itu adalah saat yang sangat menggembirakan,” kata Aryeh Miller, salah seorang penyelidik dan rakan di Muzium Sejarah Alam Nasional Smithsonian, di blog Smithsonian. “Spesimen itu kelihatan sangat berbeza. Sangat berbeza dan belum pernah ditemui, sehingga kami langsung tidak tahu apakah sebenarnya  itu.”

Para penyelidik dari Smithsonian dan Vietnam Academy of Science and Technology, menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal Copeia pada hari Isnin.

Mereka melihat ular itu di wilayah Ha Giang utara Vietnam yang berhampiran sempadan China. Terdapat beberapa petunjuk fizikal melalui bentuk ular misteri itu terutamanya, ia tidak mempunyai fotoreseptor cahaya terang pada matanya untuk membantu ia menggali atau menjalar di bawah tanah atau di bawah daun. Jenis ular ini sangat sukar dijumpai kerana ianya hidup di bawah permukaan.

Mereka juga menyedari bahawa ia adalah spesies yang tergolong dalam genus Achalinus yang langka, juga dikenal sebagai “ular bersisik ganjil” kerana sisiknya menyebar bukannya tumpang tindih seperti kebanyakan ular. Hingga kini, hanya terdapat 13 spesies yang diketahui dalam genus, enam daripadanya berasal dari Vietnam.

“Dalam tempoh 22 tahun meneliti reptilia di Vietnam, saya hanya menemukan enam ular bersisik ganjil,” kata Truong Nguyen, naib pengarah Institut Ekologi dan Sumber Biologi di Akademi Sains dan Teknologi Vietnam, di blog Smithsonian. “Ini adalah salah satu kumpulan reptilia yang paling kurang dikaji.”

Para penyelidik berharap ular ini, yang mereka beri nama Achalinus zugorum sebagai penghormatan kepada kurator reptilia dan amfibia Smithsonian yang telah bersara, dapat mengisi beberapa kekurangan tersebut. Genus Achalinus bercabang dari pohon evolusi lebih awal daripada kumpulan lain, yang bermaksud mereka kelihatan dan berkelakuan sangat berbeza dari ular lain dan dapat membawa maklumat penting tentang evolusi ular.

Setelah tinjauan awal mereka, para penyelidik membawa spesimen itu kembali ke Smithsonian, di mana mereka mengambil sampel DNA ular tersebut. Ular itu akan segera dihantar kembali ke Vietnam.

Dalam kajian itu, kumpulan penyelidik juga berhadapan dengan bahaya yang mengancam keanekaragaman biodiversiti dan ekosistem Vietnam, seperti penggalian, penebangan hutan dan penuaian berlebihan spesies. “Ia berlaku begitu cepat sehingga kita tidak dapat menghalangnya,” kata Miller, penyelidik Smithsonian. “Beberapa spesies yang unik di wilayah ini telah pupus.”

Penemuan seperti ini dapat memberi maklumat yang lebih baik mengenai dasar pemeliharaan dan strategi pengurusan, kata kajian, itu satu-satunya cara untuk “memastikan kelangsungan jangka panjang ular misterius ini dalam menghadapi ancaman eksistensial.”

Sumber- CNN

 

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.