Putrajaya, 9 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di enam buah negeri di Malaysia.
Menurut MetMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.
Amaran dikeluarkan pada 1.55 petang itu dijangka sehingga 5 petang hari ini.
Perincian kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:
Perak: Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim
Pahang: Tanah Tinggi Cameron dan Bentong
Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang
Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau
Melaka: Seluruh negeri
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.
Sumber: MetMalaysia