Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Jadi ‘Bapa Segera’ Kepada 23 Anak Dalam Setahun, Lelaki Ini Disiasat Pihak Berkuasa

Seorang lelaki Vietnam berusia 40 tahun di Australia disiasat oleh Victorian Assisted Reproductive Authority (VARTA) setelah dirinya menjadi bapa segera kepada 23 orang anak dalam setahun.

Menerusi siasatan, lelaki tersebut menderma spermanya di sebuah klinik tanpa sebarang pendaftaran. Dalam pada itu, dirinya telah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan isterinya. Namun begitu, undang-undang Victoria hanya membenarkan membuat sepuluh keluarga termasuk keluarga mereka sendiri.

Lelaki itu mengatakan sangat sukar untuk dirinya menolak terutamanya para wanita yang hampir berputus asa untuk memiliki anak dan dirinya telah menderma kepada tiga wanita dalam sehari.

“Sejak mula menderma, saya hanya bercadang untuk menderma sebanyak sembilan kali. Selepas itu, saya menerima pesanan dari seorang wanita yang mengatakan bahawa sumbangan tersebut berjaya.

“Alang-alang saya sudah menderma mencukupi had, lebih baik jika saya membantu orang lain,” jelasnya.

Menurutnya, itu merupakan kali ke-10 dirinya menderma sperma dan sepatutnya kali terakhir tetapi tidak. Dirinya juga beranggapan bahawa tindakannya itu sebagai hobi malah pekerjaan sepenuh masanya. Oleh itu, lelaki tersebut perlu mengelakkan daripada melakukan hubungan seksual, bersenam setiap hari dan mengambil banyak suplemen serta vitamin agar menjaga kualiti benihnya.

Berikutan itu, dia mendakwa dirinya merupakan lelaki Vietnam pertama yang menderma sperma di Australia dan mendapat permintaan tinggi oleh kaum wanita.

Sumber: Daily Mail

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia