Seorang pemburu fosil didakwa menemukan sejenis fosil pra sejarah “naga laut” yang terkubur di batu kapur di sebuah pantai. Dr Steve Etches mengatakan penemuan ichthyosaur yang dianggarkan sepanjang dua meter merupakan pra sejarah kerana mempunyai ratusan gigi dan mata yang sangat besar.
Laporan dari Daily Star mengatakan bahawa Ichthyosaurs adalah pemangsa laut yang mempunyai badan yang ramping untuk meluncur melalui air, mata yang besar untuk penglihatan yang lebih baik, dan rahang yang panjang dengan ratusan gigi berbentuk kerucut.

Disebabkan itu, dirinya terpaksa menyerahkan fosil tersebut kepada pakar di University of Portsmouth untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.
Menerusi laporan, Megan Jacobs mendakwa bahawa fosil tersebut merupakan genus dan spesies yang hidup sekitar 150 juta tahun yang lalu. Bukan itu sahaja, fosil tersebut dikatakan penemuan yang kelima dari Zaman Akhir Jurassic dan paling kecil setakat ini.

“Rangka ichthyosaur dari Zaman Jurassic Akhir sangat jarang berlaku. Setelah melakukan beberapa penyelidikan serta perbandingan dengan fosil Jurassic Akhir yang lain di seluruh dunia, ia adalah suatu perkara yang sangat mengagumkan,” kata Megan Jacobs.
Walau bagaimanapun, Dr Etches berasa gembira apabila fosil tersebut adalah penemuan yang terbaru dalam sains bahkan dinamakan sempena nama dirinya. Kini, dilaporkan bahawa fosil tersebut telah dipamerkan di Muzium Mr Etches di Dorset yang disebut sebagai Etches Collection.
Sumber: Daily Star