Siakap Keli
Gambar via Dailymail

(Video) Dua Ekor Panda ‘Tak Puas Hati’ Tidur Diganggu Apabila Seekor Lagi Panda Bersin Dengan Kuat

Tiga ekor panda baring bersama di sebuah katil mini, tenang menikmati waktu sebelum tidur, sehingga salah satu antara mereka tiba-tiba bersin dan menyebabkan yang lain terkejut.

Rakaman melucukan itu menunjukkan anak panda berusia tiga bulan mengeluarkan bersin yang kuat sebelum ‘malu sendiri’ kerana membangunkan dua rakannya yang berada disebelah. Klip berdurasi 20 saat itu dikeluarkan oleh pusat pembiakan panda di China untuk meraikan trio yang berusia 100 hari.

Ketiga-tiga anak panda itu adalah perempuan, dilahirkan pada bulan Ogos di Pusat Penyelidikan Qinling Giant Panda di Provinsi Shaanxi, barat laut China.

Video itu dikongsi oleh Biro Perhutanan Shaanxi pada hari Selasa untuk meraikan pertumbuhan tiga anak panda yang sihat. Dua daripadanya adalah kembar, dan yang ketiga adalah sahabat mereka, yang berusia lima hari lebih tua.

Sumber : Dailymail

Aziezzan