Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

(Video) Perlu Tekan Butang Atau Tidak Sebelum Tarik ‘Handbrake’? Ini Penjelasan Yang Pemandu Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika anda seorang pemandu, mungkin anda perasan bunyi geseran ketika menarik brek tangan. Sebahagian pemandu mungkin percaya, geseran ini boleh menyebabkan gergigi pada gear menjadi haus. Justeru, mereka akan menekan butang pada brek semasa menariknya.

Soalannya, perlukah kita berbuat demikian?

Bagi memahami bagaimana brek tangan berfungsi, mari kita ikuti penjelasan oleh Car Throttle ini.

Menurut portal itu, brek tangan mempunyai gear yang terdiri daripada pendakap bergerigi dan tuas. Tuas pula disambung dengan butang tekan melalui rod tunjal (push rod) dan spring.

Kredit: Car Throttle

Ketika membrek, tuas perlu ditolak ke arah pendakap untuk menguncinya pada gerigi gear. Fungsi ini dilakukan oleh spring yang terletak di belakang butang brek.

Kredit: Car Throttle

Justeru, menurut Car Throttle, kebanyakan masalah brek kurang cekap terjadi disebabkan spring yang telah ‘haus’. Apabila spring mula berubah bentuk, ia tidak mampu memberi tekanan dan mengunci tuas pada pendakap dengan berkesan.

Disebabkan spring merupakan besi yang boleh hilang pemampatan, Car Throttle menyarankan agar pengguna mengurangkan daya ke atas spring berkenaan kerana penggunaan yang kerap boleh menyebabkannya lebih cepat haus.

BACA: Masih Memerlukan Pertolongan Moratorium? Tak Ramai Faham, Ini Fakta Dan Cara Mohon

BACA: Peniaga Boleh Dapat Hingga RM10,000 Kalau Minta Customer Bayar Guna Cara Ni

Jadi, mana lebih baik? Menekan butang atau tidak menekan butang ketika mengangkat brek?

Beberapa pakar termasuk mekanik kenderaan, Carlson Chia bersetuju bahawa pengguna tidak perlu menekan butang ketika mengangkat brek.

Ini kerana tindakan itu tidak diperlukan ketika membrek, sebaliknya ia hanya meningkatkan potensi spring cepat rosak, sekaligus menjejaskan kecekapan brek.

“Biarkan mekanisme gear melakukan kerjanya dan gunakan butang hanya apabila perlu (ketika melepaskan brek tangan),” tulis Car Throttle.

Anda juga boleh menonton video oleh ‘doktor kereta’, Carlson Chia di bawah:

Sumber: Car Throttle, Carlson Chia

Amira

Love yourself.